CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kegembiraan Bertukar Tragedi, Remaja Berkelah Bersama Rakan Mati Lemas

21-5-2023 09:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 314| Komen: 1

Hulu Selangor: Kegembiraan empat lelaki mandi-manda di Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Bharu, di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.26 petang.


Beliau berkata, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.


"Menurut laporan awal, kejadian membabitkan seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai lemas ketika mandi bersama tiga rakannya.

"Bomba kemudian melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa menerusi kaedah 'surface water rescue'," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hafisham berkata, mayat lelaki itu kemudian ditemui jam 4.04 petang tadi.

"Bagaimanapun, mangsa dikenali sebagai Muhammad Solihin Khairul Hisham disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.


"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 21-5-2023 09:43 PM
Innalillah.. byk plak kes sejak raya.
Takziah buat keluarga mangsa

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.025236 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top