CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh 'Cuci Duit', Black Hilang Kepercayaan Keluarga Dan Rakan

21-5-2023 01:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7009| Komen: 84

Penyanyi, Black Hanifah, 35, terkejut apabila namanya dikaitkan dengan aktiviti penggubalan wang haram hanya kerana memiliki sebuah kapal persiar dan sebuah vila mewah di Langkawi.

Tampil menerusi sebuah video di Instagram, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah menafikan dakwaan terbabit dan menegaskan hasil kemewahan yang dimiliki adalah daripada usahanya bergelar ahli perniagaan.



“Benar, saya ada vila dan yacht (kapal persiar) di Langkawi. Pengikut saya tahu apa yang sedang saya lakukan untuk keluarga dan kawan-kawan yang memerlukan pekerjaan.

“Bila keluar desas desus mengatakan saya ‘cuci duit’, saya tekejut tapi tak hairan sebab orang boleh cakap apa sahaja.

“Sebenarnya Melayu yang suka menjatuhkan Melayu. Itu sahaja yang boleh saya cakap. Tak semua, tapi segelintir yang tak boleh melihat kemewahan orang Melayu yang berdiri di atas apa yang dia lakukan.


“Orang hanya nampak kemewahan dan kejayaan itu. Orang tak nampak kesusahan di sebaliknya,” katanya dalam video berkenaan.

Bukan itu sahaja, Black mendakwa, tuduhan ‘cuci duit’ yang berlegar beberapa hari ini telah membuatnya hilang kepercayaan daripada orang terdekat.

Dia juga mengalami keresahan (anxiety) sehingga perlu bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan.


“Ini minggu yang mencabar untuk saya. Disebabkan video itu banyak perkara yang terganggu. Saya sendiri mengalami keresahan yang agak teruk sampai terpaksa jumpa doktor.

“Kesan tuduhan jahat ini mahal. Saya tidak mengalami kerugian namun kehilangan kepercayaan orang terdekat seperti keluarga dan rakan-rakan.

“Terpaksalah saya menghabiskan minggu ini dengan menjawab panggilan telefon dan pesanan mesej daripada orang untuk mengetahui perkara sebenar,” katanya lagi.

Terdahulu, tular sebuah video pendek mengenai aset kapal persiar yang dimiliki oleh penyanyi lagu Sofea Jane itu di Langkawi. Lantaran itu, timbul spekulasi mengatakan sumber kemewahan yang dimiliki penyanyi itu adalah daripada aktiviti penggubalan wang haram.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 21-5-2023 02:13 PM
Eh sundal tetiba Melayu jatuhkan Melayu. Masa PKP dulu kau juga merungut terpaling tadak duit tadak pendapatan. Camna pula terpaling tadak duit tadak pendapatan di tahun 2020-21, tetiba now jadik terpaling hada yacht terpaling hada villa mewah de Langkawi?
Quote jalfa 21-5-2023 02:15 PM
Bapak sedara bini dia kan atok repair muka khadam tundeath
Quote Kentot_Wangi 21-5-2023 02:18 PM
Poyo la kau
Quote dudaberhias 21-5-2023 02:19 PM
kalau orang terdekat kau pun tak percaya mesti sesuatu...

tokti lalang yang show kulu kilir tu pun tak mampu beli kapal persiaran mewah lagi...

tapi iols tak tengok lagi kapalnya macam mana sebab tak follow heols pun sebab tak herlok... kalau kapal ratus ribu taraf rega vellfire boleh je heols beli... lain la belas2 jota tu...

Quote wirazam 21-5-2023 02:22 PM
Kalau tak salah knp nak anxiety bagai??
Attention seekers terpaling ke
Quote fadz84 21-5-2023 02:27 PM
dua_chzy replied at 21-5-2023 02:13 PM
Eh sundal tetiba Melayu jatuhkan Melayu. Masa PKP dulu kau juga merungut terpaling tadak duit tadak  ...

Kannn dialah yg terpaling terkesan masa lockdown tu.. lantang betul bersuara.. huhu.. btw bisnes hapa black ni buat?
Quote zehra2 21-5-2023 03:18 PM
haa bisnes apa ya?
tp dah pak sedara bini tukang kipas tun.. aset plak kt langkawi. mesti lah org mengata kan
Quote Goodluckdontcry 21-5-2023 03:20 PM
Tp den pun skeptical dgn ko mat black..tetiba kaya dan raya raya raya..sama mcm den skeptical dgn si soeb mira poyo tu...kalau setakat retis sejuk beku..kalau ko jd kaya dan berada, den cayalah juga..tp bila nmpk mcm terlebih lebih kekayaan kaya raya 3x raya...den agak musykil dikepala benak otak batu den... kehkehkeh
Quote alyssaxkisah 21-5-2023 03:28 PM
Ada ke gambo kapal persiar tu...meh nak tengok
Quote jihah_kudat 21-5-2023 03:42 PM
aku follow ig black dgn bini dia..yang vila tu nampak la proses pembuatan tu macam bertahun jugak..so tak fishy sangat..tapi tibe2  beli yacht hmmm..semoga baik2 je la tapi anxiety tu..ayo tukar la modal lain..very the sendu..
Quote opie5662 21-5-2023 04:58 PM
alyssaxkisah: Ada ke gambo kapal persiar tu. ...


Ntah2 mcm roper yacht tu mcm kopi kapal api jah... Hahahhaha
Quote miss_perfect 21-5-2023 05:29 PM
Wow hebatnya ada yacht. Teringat Maya Darina Dahlan Hines
Quote Joysparta 21-5-2023 05:34 PM
Sentiasa beringat dlm berbelanja.

Tak tau benda apa lagi nak jadi hat depan2 ni.
Quote misspokoyo 21-5-2023 05:43 PM
dudaberhias replied at 21-5-2023 02:19 PM
kalau orang terdekat kau pun tak percaya mesti sesuatu...

tokti lalang yang show kulu kilir tu pun  ...

Tokti lalang    Baru i gosip dgn laki i psal tokti ni.. jap kaklong, jap chedet, skrg bgnon plak
Quote Cookingholic 21-5-2023 05:50 PM
“Sebenarnya Melayu yang suka menjatuhkan Melayu. Itu sahaja yang boleh saya cakap.

Memanglah dah ko berada di tanah malaya ini. Kalo ko ummah kokesen & buat hal kat tanah eropah sana maka jadilah kokosen jatuhkan kokesen.
Quote JunkMail 21-5-2023 06:07 PM
Ahli perniagaan bisnes apa?? Macam dah taraf Vincent Tan pulak tapi pokcik Vincent nampaklah jugak business nya dah bertahun-tahun. Kau nu bisnes apa? Produk apa?
Quote Janetnasuha 21-5-2023 06:08 PM
Terpaling melayu kau ni. Cina ade je jatuhkan cina. Tu laaa sape suruh jadi retis low iq
Quote kakigojes 21-5-2023 06:28 PM
Maybe.. maybe la. I bersangka baik ya, bila kawan2, saudara tanya, “hey, where do you get those money from, can afford such luxury lives”, family dia jawab, oh it’s Black’s money…. Ah gitu
Quote totokreturn. 21-5-2023 07:15 PM
Edited by totokreturn. at 21-5-2023 07:16 PM



fuhh kalo dapat mcm ni, agak-agak maintenance sebulan berapa la yea


boleh buat citer mcm captain stabbin

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.071736 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top