CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Astillah Syukur Ramai Sudah Nampak Bakat Nyanyiannya

21-5-2023 01:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 623| Komen: 16

Penyertaannya dalam program nyanyian Famili Duo tahun lalu, bergandingan dengan sepupunya yang juga penyanyi, Wani Kayrie membuka pintu rezeki buat Bella Astillah dalam bidang seni suara.

Jika sebelum ini, bakat nyanyiannya ibarat dipandang sebelah mata. Namun selepas program itu berakhir pada awal Januari lalu, Bella yang berjaya menduduki tempat ketiga bersama Wani dalam program tersebut bersyukur apabila rezekinya dalam bidang nyanyian semakin mencurah-curah.


Kata Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, banyak pihak mula nampak kemampuannya dalam bidang nyanyian, sehingga jadual hariannya kini padat dengan undangan persembahan pentas.

“Pentas Famili Duo membuka pintu rezeki kepada saya dalam bidang nyanyian. Selepas program tersebut berakhir, saya banyak dapat undangan untuk menyanyi di majlis-majlis korporat dan tertutup.

“Maksudnya orang sudah mula nampak dan percaya dengan bakat nyanyian saya. Itu juga sebenarnya rezeki anak-anak,” kata wanita asal Sandakan, Sabah itu.


Disoal tentang komitmen membahagikan masa antara nyanyian dan anak-anak, selebriti berusia 29 tahun itu berkata, nyanyian sebenarnya memberikan lebih banyak untuk dirinya meluangkan masa dengan keluarga berbanding lakonan.


“Sebenarnya bila sudah mula aktif menyanyi, saya lebih banyak luangkan masa dengan anak-anak berbanding jika berlakon.

“Contohnya kalau saya ada undangan nyanyian, saya masih boleh bawa anak-anak bersama dan mereka akan menunggu saya sehingga selesai membuat persembahan,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, Bella tidak menolak untuk menyertai lagi mana-mana program realiti selepas ini walaupun mengakui terpaksa berdepan dengan tekanan.

“Saya tidak menolak (kalau bertanding lagi dalam program lain). Sebenarnya ketika saya menyertai Famili Duo, saya turun berat badan sebanyak enam kilogram.

“Tetapi perkara itu tidak membuatkan saya serik kerana pertandingan sebegitu mencabar kebolehan saya,” katanya.


Menjadikan Cikgu Syafi sebagai guru vokalnya sehingga kini, Bella juga mempunyai perancangan untuk tampil dengan single duet bersama suami tercinta, Aliff Aziz.

“Ada perancangan cuma bukan dalam waktu terdekat.

“Lagi pun Aliff juga mahukan sebuah material duet yang betul-betul berkualiti yang boleh diterima peminat,” jelasnya.

Dalam perkembangan terkini, Bella bagaimanapun sedang sibuk menghasilkan sebuah single solo genre balada yang dihasilkan oleh komposer terkenal, Sharon Paul.

Menariknya, lirik single tersebut hasil tulisannya sendiri yang mengisahkan fasa ‘patah hati’ seorang wanita.

“Saya ada hasilkan lirik sebuah lagu untuk single terbaharu, tapi belum siap sepenuhnya kerana masa tidak mengizinkan.


“Saya tidak mahu keluarkan single ini dalam keadaan tergesa-gesa seperti single terdahulu. Lirik yang saya tulis ini mengisahkan situasi sekeliling.

“Ramai wanita hari ini melalui fasa patah hati. Jadi saya rasa perlu keluarkan sebuah lagu yang memberi semangat kepada para wanita di luar sana,” jelasnya.

Bella mengakui bukan mudah untuk dirinya menghasilkan lirik kerana memerlukan penghayatan tinggi.

“Saya suka menulis setiap kali bersendirian dan ada masa terluang. Jadi kenapa tidak saya cuba hasilkan lirik lagu sendiri,” ungkapnya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 21-5-2023 01:48 PM
Akak cuma nak puji sheol pandai berfesyen. Huntong la badan kecik macam budak sekolah pakai hapa pun hokeh termasuklah karung guni.
Quote LadyCarefree 21-5-2023 01:54 PM
Dia pernah keluar single dan juga duet dengan aleputik kan? Tapi sendu xlaku.

Quote LadyCarefree 21-5-2023 01:55 PM
dua_chzy replied at 21-5-2023 12:48 PM
Akak cuma nak puji sheol pandai berfesyen. Huntong la badan kecik macam budak sekolah pakai hapa pun ...

Terpegun dengan Slenah Gomis Msia ya?
Quote wikedsaikel 21-5-2023 01:58 PM
dua_chzy replied at 21-5-2023 01:48 PM
Akak cuma nak puji sheol pandai berfesyen. Huntong la badan kecik macam budak sekolah pakai hapa pun ...

Ya betul. Muka pon ok je. Ada tarikan. Kalau kat Amarika, munkin keturunan mexico yg hidung tak mancung. Tak pon filipin. Sebab tu bila dia meratib pasal laki, orang tengok je la post dia.
Quote dua_chzy 21-5-2023 02:08 PM
LadyCarefree replied at 21-5-2023 05:55 AM
Terpegun dengan Slenah Gomis Msia ya?

Idok terpegun. Cuma memuji at least sheols punya fesyen sense idok hauk macam terpaling nombor 1 penyanyi datuk sorang tew.
Quote dua_chzy 21-5-2023 02:11 PM
wikedsaikel replied at 21-5-2023 05:58 AM
Ya betul. Muka pon ok je. Ada tarikan. Kalau kat Amarika, munkin keturunan mexico yg hidung tak ma ...

Kalau aiol jadik dia, idok la aiol nak si Alip Ajiz lulusan high school Singaporn ja tu. Aiol blaja tinggi2 pehtu cari expat or anak orka educated gak. Paling caprut pun carik doktor gomen nsem yang bukan anak sulung. Amende la kau Bella.
Quote jalfa 21-5-2023 02:17 PM
Gambar raya tu mesti dah amik photog siap siap before raya kan.hari raya post sbb tu cantik terletak serba serbi....ok bellah...chuols x payah nanyi pon takpe.jadi president club wanita tersakiti pon dah masyuk talk sana sini
Quote Mamason 21-5-2023 02:21 PM
dua_chzy replied at 21-5-2023 01:48 PM
Akak cuma nak puji sheol pandai berfesyen. Huntong la badan kecik macam budak sekolah pakai hapa pun ...

Setuju, plus beliau putih.  Kalau gelap, pendek, kecik... Xpasti lah tu ke mana hala si Bella.  Tapi beliau bijak berfesyen and grooming...
Quote wirazam 21-5-2023 02:26 PM
dua_chzy replied at 21-5-2023 02:11 PM
Kalau aiol jadik dia, idok la aiol nak si Alip Ajiz lulusan high school Singaporn ja tu. Aiol blaj ...

Kalau doktor gomen hensem anak sulong knp sis? Ada pattern tak ok ke..?
Quote dudaberhias 21-5-2023 02:26 PM
maaf sampai sekarang tak nampak pun bakat ko nyah...

yang kaka nampak setiap kali tengok muka kau mesti terbayang laki kau duk celup2 faraj pompuan lain lepastu salut dengan chepit betina lain pulak... last sekali salut dengan kau punya pulak... dah serhoper corndog yang kena celup2 banyak kali sebelum di goreng...

masalahnya iols pun tak sanggup nak bayangkan macam corndog sebab kalau di bandingkan saiz laki kau dengan corndog... corndog tu yang menang dan lagi terliur kaka tengok corndog tu...

Quote dua_chzy 21-5-2023 03:10 PM
wirazam replied at 21-5-2023 06:26 AM
Kalau doktor gomen hensem anak sulong knp sis? Ada pattern tak ok ke..?

Jenuh kena tanggung femili ngan adik beradik sis. Huh.
Quote ketambangkang 21-5-2023 03:59 PM
tapi dlm tv bila berlakon wajahnya tidak secantik itu
Quote alyssaxkisah 21-5-2023 04:05 PM
Laku ke kalau dia nyanyi? Confident mmg selalu tinggi dorang ni
Quote DeLuna85 21-5-2023 05:08 PM
Siapa yang nampak tu?
Quote LadyCarefree 21-5-2023 06:33 PM
dua_chzy replied at 21-5-2023 01:11 PM
Kalau aiol jadik dia, idok la aiol nak si Alip Ajiz lulusan high school Singaporn ja tu. Aiol blaj ...

Kalau kakachzy pernah tengok dia irl, kaka xkan cakap gitu. Heheh.... pernah kejar 2 enjinniyok tp both pon friendzonekan dia. Cuma dia ni bagus jenis dgr ckp mak.
Quote kakigojes 21-5-2023 06:35 PM
Memetik kata twitter, boleh pergi jauh. Jauh dari mikrofon

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.125686 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top