Berdepan masalah sakit gigi dan kecederaan pada lutut tidak menghalang pelakon Sharnaaz Ahmad memberikan sepenuh jiwa terhadap watak antagonis dalam filem aksi Polis Evo 3. Katanya, karakter bekas anggota polis yang mahu melunaskan misi membalas dendam itu menuntut pengorbanan tinggi, namun dirasakan cukup berbaloi.
“Sebenarnya saya banyak berhadapan dengan kesakitan ketika menjayakan filem ini. Antaranya, masalah sakit (gigi) pada geraham bongsu setiap hari. “Mungkin kedengaran lucu dan nampak biasa, tetapi cubalah berlakon ketika sakit gigi. Rasa nak marah, nak menjerit. “Saya juga bergelut dengan kesakitan termasuk kecederaan lutut, selain perlu perlu menjalani pembedahan hidung disebabkan kesan habuk tebal di lokasi penggambaran. “Apa pun saya berbangga menjadi sebahagian daripada francais Polis Evo, malah ini memori indah untuk dikenang,” katanya ketika ditemui pada malam gala Polis Evo 3, malam kelmarin.
Menurut penggalas watak Reza dalam filem arahan Syafiq Yusof itu, badannya juga susut impak latihan fizikal, selain perlu merealisasikan banyak babak lasak dan pertarungan.
|
dudaberhias replied at 21-5-2023 12:45 PM
tapi fasa emosi heols tu nampak rhoper macam manusia... sebab yang fasa sekarang dah serupa sabut ny ...
ADVERTISEMENT