CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizan Razak Tiada Masa Bercinta, Pernah Minta Ibu Cari Calon Isteri

21-5-2023 10:51 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3844| Komen: 95

Pelakon dan pelawak Zizan Razak juga menyimpan keinginan untuk menamatkan zaman bujang bersama wanita dicintainya untuk membina sebuah keluarga bahagia.

Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 39, bagaimanapun berkata, dia sukar mencari pasangan untuk dijadikan isteri kerana tidak mempunyai masa berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta disebabkan jadualnya yang padat dengan pelbagai aktiviti seni.



"Mestilah ada (keinginan berkahwin). Saya pun ada nafsu. Saya pun nak berkahwin macam orang lain tapi masuk sahaja tahun baru, jadual saya penuh dengan pelbagai aktiviti sehingga hujung tahun.

"Saya tiada masa nak bercinta, kadang-kadang mak saya cakap nak (menantu) macam ini... tapi yang dia nak itu tak tahu ada dekat mana. Saya tiada masa mencari," katanya kepada mStar.

Zizan berkongsi perkara itu ketika ditemui di Malam Gala Polis Evo 3 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Disebabkan kesibukannya itu, Zizan mendedahkan dia pernah meminta ibunya mencarikan calon isteri yang dirasakan sesuai dengannya apatah lagi usianya bakal mencecah 40 tahun.

Bagaimanapun kata Zizan, dia sebenarnya lebih selesa jika mencari sendiri calon isterinya kerana percaya perasaan suka dan cinta itu perlu berlaku secara semula jadi.

"Saya pernah minta ibu carikan tapi bila dia tunjuk gambar, saya kata nanti dulu sebab rasa janggal, berbeza kalau kita jumpa depan-depan," ujarnya.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia selesa hidup membujang kerana bimbang sekiranya pasangannya itu nanti tidak memahami kariernya sebagai pelakon dan akan menimbulkan masalah di kemudian hari.


Jelas Zizan, dia bukan cuba mencari seorang wanita sempurna yang perlu mengikut kehendaknya namun mahu jadi seorang lelaki sempurna buat bakal suri hatinya agar dapat memimpin sebuah rumah tangga yang bahagia.

"Rasanya hanya ibu yang faham cara kerja saya, itu pun kadang-kadang sampai semingga kami tak berjumpa sebab saya sibuk. Ada masanya ibu terpaksa tunggu saya pulang untuk berjumpa dengan saya meskipun hari sudah lewat.

"Wantia mana yang boleh faham kerja macam saya ini? Mungkin seminggu dua dia akan kata tidak mengapa, tapi kalau ia makan bertahun, siapa akan tahan?

"Kalau ada peluang berkenalan dengan mana-mana wanita, saya akan kongsi tentang kerjaya saya dan personaliti sebenar saya dibelakang kamera. Saya nak seseorang menerima saya seadanya luar dan dalam," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerani_je 21-5-2023 11:00 AM
Kesiang nye mung zizang. Merempan je bab jodoh n nk kawin. Ada gf artis pun semua tinggalkn mung n dah beranak pinak dah semua.
Dari leez,  jue evans,  emma maembong,  mira filzah. Hawa pun friendzone kn ko je anggap abg..Dulu elok ko ada gf org kampung sekmung kat ganu tu ko g tinggalkn sbb ko dah jd retis konon duk kejar ke leez af tu. Skrg mendapat la ko jodoh x sampai2. Ko pun taste tinggi nk yg lawo2 aje.
Quote kerani_je 21-5-2023 11:02 AM
Ko pun anak emak sgt. Nk cari calon bini atau awek pun kena tunggu mak ko approved. Kesian ko. Dah nk masuk 40 xde yg nk jd bini ko. Tu la ko n abg ko playboy sgt tukar2 perempuan bawak balik rmh mcm tukar bju.
Quote makcun14 21-5-2023 11:03 AM
kalau pakai alasan tiada masa bercinta sampai tua la single jawab nya.  hendak seribu daya
Quote airmineral 21-5-2023 11:28 AM
try l faralee tu.
Quote wikedsaikel 21-5-2023 12:11 PM
Edited by wikedsaikel at 21-5-2023 12:15 PM
kerani_je replied at 21-5-2023 11:00 AM
Kesiang nye mung zizang. Merempan je bab jodoh n nk kawin. Ada gf artis pun semua tinggalkn mung n d ...


Kannnnnnn. Tapi dulu gf dia sapa? Keja apa?


Dop caya wehhh bab tak dop maso tuuu


Tapi apesal semua retis tu tak jadi dgn dia ek. Semua lawa sangat2. Emma Maembong tuuu. Jue Evans. Jue masa tu ex dia Sam kan? Whyy whyyy. Apa common factor selain jodoh.
Quote kerani_je 21-5-2023 12:18 PM
Betul2 xde masa ye ko zang. Padahal ko n abang ko sama2 suka bawak balik perempuan mcm tukar baju. Sape je dlm industri ni yg xtau. Mak ko je kena scam dgn korang 2 beradik acah2 naif n teruna.

Mak ko letak calon bini ko bkn main melangit. Perempuan mcm emma kembong tu pun mak ko reject mentah2 konon dah lunyai n teruk. Padahal anak die sendri pun kuat melunyaikan perempuan. Nk calon menantu ala2 ustazah padahal cermin la muka anak ko tu dulu. Sbb tu smpai skrg berat jodoh nk dtg..
Quote dudaberhias 21-5-2023 12:26 PM
ye yer je... macam la job ko banyak sangat nok mengalahkan kerani gomen...

senang kata ngaku je dah kerepot... takde sape nak hadap hidung kopok losong ko tu dengan cik nek kecut macam kopok losong kering... kena rebus selama 3 hari 3 malam baru la kembang kembali...

yihhh dah la perasan hensem... hakikatnya rhoper ala2 shrek versi kurus jah...

Quote Selubung 21-5-2023 12:31 PM
Ye ye je mamat perasan handsome ni
Quote kerani_je 21-5-2023 12:32 PM
wikedsaikel replied at 21-5-2023 12:11 PM
Kannnnnnn. Tapi dulu gf dia sapa? Keja apa?



Si emma,  mak nye yg reject. Kata emma liar n xde pelajaran. Yg si leez,  zizang sendri curang cari perempuan lain.

Yg lain2 tu,  perempuan yg tinggalkn die sbb nmpk nau miang n sangap kot blm ape2 dah mntak bkn2. Lagipun yg lain2 tu bleh dpt better husband dari zizang ni. Jue blehbdpt kerabat,  mira bleh sambar anak menteri. Bt ape nk jd bini zizang tu hrp job lawak je.
Quote jambatannetizen 21-5-2023 12:39 PM
kerani_je replied at 21-5-2023 12:18 PM
Betul2 xde masa ye ko zang. Padahal ko n abang ko sama2 suka bawak balik perempuan mcm tukar baju. S ...

Err dia penah bawak balik artis ke balik rumah?
Quote hyie 21-5-2023 12:40 PM
kalau seseorang tu memang nekad bebetul nak kahwin, memang dia akan berusaha cari masa uols. Iols rasa heols ni belum sampai ke tahap serius pun, tak suka komitmen. Bagus jugalah daripada kahwin tapi tak bersedia, lagi menyusahkan hidup orang, better single je lah. Unless bersekedudukan, yang ni dah jatuh wajib kahwin yach. WAJIB.
Quote jambatannetizen 21-5-2023 12:40 PM
kerani_je replied at 21-5-2023 12:18 PM
Betul2 xde masa ye ko zang. Padahal ko n abang ko sama2 suka bawak balik perempuan mcm tukar baju. S ...

Err dia penah bawak balik artis ke balik rumah?
Quote kerani_je 21-5-2023 12:43 PM
jambatannetizen replied at 21-5-2023 12:39 PM
Err dia penah bawak balik artis ke balik rumah?

Emma kembong antara list pernh di angkut. Yg lajn2 tu bdk krew n pelakon extra buat sedap2 je. Ada dulu forumer tumpah kn teh.

Tgk pd zizan ni suka buat lawak double meaning pun tau mcm mne gaya hidup nye. Sama mcm si syuk demok tu la suka naw buat lawak 18sx.
Quote Mamason 21-5-2023 12:50 PM
Xpelah, jodoh urusan Allah.  Belum sampai jodoh lagi lah tu...
Quote selipar_hijau 21-5-2023 01:19 PM
Dah 40 kali ulang daa statement ni
Quote kerani_je 21-5-2023 01:42 PM
Ko cari minah kmpung ko je la zang. Ni ko taste tinggi nk yg pan asia aje. Xpadan dgn ko tu bau kepok losong.
Quote irvene 21-5-2023 01:51 PM
kerani_je replied at 21-5-2023 12:43 PM
Emma kembong antara list pernh di angkut. Yg lajn2 tu bdk krew n pelakon extra buat sedap2 je. Ada ...

betullah apa yg u ckp tu. i salah sorang mangsa yg si hidung ni ajak check in hotel & abg dia ajak i balik rumah time mak dia takde. whatsapp si hidung ni ada lagi, i tak delit. whatspp abg dia dh hilang sbb i tukar nombor.
Quote wikedsaikel 21-5-2023 01:54 PM
kerani_je replied at 21-5-2023 12:18 PM
Betul2 xde masa ye ko zang. Padahal ko n abang ko sama2 suka bawak balik perempuan mcm tukar baju. S ...

Uish. Parents mereka kaya ke? Tak memasal aku google muka abang dia. Keja apa? Industri hiburan juga ke? Muka stail orang pata timo yg aki jumpa kat tganu dgn pahang.
Quote kakigojes 21-5-2023 01:55 PM
irvene replied at 21-5-2023 01:51 PM
betullah apa yg u ckp tu. i salah sorang mangsa yg si hidung ni ajak check in hotel & abg dia ajak ...

Ohmaigod, sila share lagi.. I thought dia jenis baik2 gitu…. Check in hotel 5 star ke budget huhu.. but nasib baik you jenis yang berakhlak ya

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.045601 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top