CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dilabel Tidak Cantik, Shaza Bae Lali Hadap Kritikan

20-5-2023 09:51 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4347| Komen: 61

Aktres meningkat naik Shaza Bae mengakui sering menerima kritikan mengenai rupa parasnya dan tidak layak untuk bergelar pelakon kerana tidak jelita.

Lebih pedih, dia mendedahkan pernah dikatakan sebagai pemenang Dewi Remaja yang paling tidak cantik setakat ini.



“Saya pernah menerima kritikan daripada beberapa pihak cakap saya tidak cukup cantik untuk jadi seorang pelakon.

“Selepas kejadian, saya diamkan diri sahaja cuma lebih bersemangat untuk bersiap cantik-cantik apabila keluar ke mana-mana,” katanya kepada Kosmo! Online usai sidang akhbar drama terbaharu Viu berjudul Journal Sara-haeyo baru-baru ini.

Walaupun begitu, Shaza tidak kesal dengan kritikan tersebut sebaliknya lebih bersemangat untuk menunjukkan yang terbaik.


“Netizen juga pernah cakap saya Dewi Remaja paling tidak cantik namun sudah lali dengan kritikan orang.

“Meskipun digelar tidak cantik, saya tetap akan menjaga penampilan setiap kali keluar.

“Bagi lakonan pula, saya akan pastikan dapat buat betul-betul dalam menjayakan sesebuah watak,” kata juara Dewi Remaja 2019 itu.

Shaza atau nama lengkapnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri akui sudah mempersiapkan diri sebelum memasuki industri seni terutama sekali apabila menerima tamparan komen-komen negatif daripada netizen.


“Saya sendiri sudah bersedia dengan kritikan sebelum masuk ke dalam industri.

“Lagipun, saya lebih rela dikritik tentang wajah berbanding kredibiliti saya.

“Mungkin apabila orang cakap saya tidak cukup berbakat dalam lakonan saya akan lebih sakit hati,” jelasnya.

Melihat semula perjalanan seninya, Shaza sebelum ini kerap menjadi teraju utama drama tempatan seperti Nusyuz Berkiblat Cinta dan Ulya & Dini. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 20-5-2023 09:58 PM
memang tak cantik pun... tapi chuols ada bakat dan rezeki dari segi lain...
cuba gilap jah bakat2 tu...

paling penting jangan sombong dan kekwat... begitulah rahsia bagaimana retis2 hauk yang lain mampu terus menempa nama... contohnya aina abedullah... sampai ke harini kalau dia buat konsert, ponen2 bottom yang kena sumpah jadi beruk tu masih sudi datang...

Quote Hoshhi 20-5-2023 10:01 PM
Muka dia ala ala dayang nurfaizah
Quote nakkomenjugak 20-5-2023 10:21 PM
sheol cantik cuma level sekali pandang pastu move on gitchewwww
Quote hyie 20-5-2023 10:53 PM
bagi meols, sheols cantik especially masa sheols jadi hos hlive masa pkp worl from home tu. Sheols mekap sendiri rasanya, light mekap, nampak cantik dan lembut je muka sheols. Rambut lepas. So, bagi meols, sheols sesuai mekap nipis2 kaler pastel lembut gitu.
Quote likilu 20-5-2023 11:19 PM
Muka amelia Henderson tapi takde sapa berani nak cakap amelia tak cantik sebab haritu cakap dia janda pun dah kena marah
Bavy typo pun kena marah

So diam je lah kalau taknak cetus issue perkauman lagi cakap muka gini tak cantik
Quote Myeramie 20-5-2023 11:29 PM
Kesian.dak2 phc xensem pun tetap jadi pujaan bbnu pompuan psl diorang jntan.bdk2 laki tak lyn artis2 ni.
Quote jiwakacau06 20-5-2023 11:37 PM
cantik ja shaza ni...lg lawa dr Amelia & anna jobling...xpasti melayu pure ke kacuk...
berlakon pn xda slang....
pkai tudung lawa...xpkai tudung pn lawa
Quote VespaSilbe 21-5-2023 12:32 AM
Iols vote cantik jgk.. kena mekap lait lait.. rambut buat pesen lain sikit.. potong pendek sampai bahu ke.. rambut iols kan shaza buat chouls nampak tua
Quote Raman 21-5-2023 12:36 AM
Mata aku nampak dia cantik tak jemu dipandang. Macam Nad Nisa
Quote Realpeople17 21-5-2023 12:45 AM
Shaza ni mcm nk iras pelakon thai heroin nang nak la. Ada satu movie tajuk the sanctuary heroin tu brlakon mcm nk sme rupa ngan shaza ni.
Quote I.K.A888990 21-5-2023 12:52 AM
lawa je dia ni
Quote Perawankota 21-5-2023 01:36 AM
Dia cantik jer
Quote miamiot 21-5-2023 01:49 AM
Shaza ni bertiang lawa dr sepupu dia si keknis @ anak sedara keksinah tu. Pd Iols dia Manis je pandai bercakap & jd pengacara pun ok
Quote hollahop 21-5-2023 02:01 AM
I vote dia cantik. Xjemu pandang. Bagi i dia ni kalau sekali tgk nampak biasa ja tapi kalau dok tgk muka dia selalu mkin nampak dia cantik pulak.
Quote tulip-rain 21-5-2023 04:53 AM
Ni jenis yg saje je cakap I tak cantik pun/biasa2 je/ade orang ckp I tak cantik supaya orang akan cakap eh taklah kau cantik lah...?
Cakap pasal drama baru kau tu jelah. Tiberrr je.
Quote PuanAbby 21-5-2023 05:15 AM
Tipikal malaysia mmg la rasa dia tak lawa sbb tak putih gebu, muka melayu. Dia lawa jenis eksotik kot mcm zendaya. Tak tau nak ckp kategori lawa dia ni.. tp bukan ikut standard citarasa org malaysia la
Quote sarah_ary2 21-5-2023 07:00 AM
Bagi ai dia cantik malahan cantik melayu bukan tipikal kacukan ke apa, kalau jadi model leh laku sebba muka memang jenis high fashiun tgk dia berlakon pun okey best je
Quote Incanto 21-5-2023 07:12 AM


muka tak lah cantik tp menarik, karekter dia pun best

masa dia masuk dewi remaja aku rasa dia mesti menang wpun nynaa jelly lagi cantik
Quote misstakkepoh 21-5-2023 07:30 AM
I rasa dia cantik je, walaupun bukan lah dlm kategori artis paling cantik. I suka tgk dia berlakon. Tak kayu and suka dgr suara dia

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.050750 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top