CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Che Ta Bersyukur Aaisyah Selamat Jalani Pembedahan

20-5-2023 05:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3332| Komen: 14

Anak bongsu Rozita Che Wan, iaitu Aaisyah Dhia Rana, 9, selamat menjalani pembedahan gigi di sebuah pusat perubatan swasta di Mont Kiara di sini, pagi tadi.

Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, sejak beberapa bulan lalu, Aaisyah mengadu tidak selesa pada giginya.


Che Ta Bersyukur Aaisyah Selamat Jalani Pembedahan


"Aaisyah alami 'supernumerary mesiodens tooth' atau pertumbuhan gigi berlebihan. Beberapa bulan lalu, Aaisyah sering mengadu giginya tidak selesa.

"Baru-baru ini, saya bawa Aaisyah menjalani pemeriksaan imbasan CT Scan dan doktor temui masalahnya," katanya.

Che Ta berkata, doktor menjelaskan apa yang dihadapi Aaisyah agak jarang terjadi iaitu kewujudan gigi pada kadar berlebihan di bahagian tengah.

"Kata doktor, secara umumnya, dalam dunia ini, ada antara 0.5 peratus hingga tiga peratus kes seumpama ini.

"Pembedahan itu perlu untuk membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu yang lain," katanya.



Ibu kepada tiga cahaya mata itu bersyukur kerana anak perempuannya kuat semangat.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dan keadaan Aaisyah," kata isteri kepada Zain Saidin itu.

Che Ta memuat naik beberapa foto Aaisyah di Instagram (IG) iaitu suasana sebelum dan selepas anak perempuannya itu menjalani pembedahan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 20-5-2023 06:06 PM
alamak semoga cepat sembuh puteri kokdiang...

dah la satu2nya puteri kepada permaisuri kokdiang agittew...

nak jual hat yang lain2 tu untuk konten tak laku... bagi pree pun acik2 porum tak hengen... hanya kau jah dik yang layak menaiki takhta istana kokdiang nanti...

bila tonku jadi permaisuri nanti jangan lupa mansuhkan baju berbulu2 dalam istana tu... so yesteryears dah... kerabat brit pun dah pandai pakai coat simple2... mak hang jah kerja dok pakai macam burung sesame street... sekali kena cucuh rokok atau terkena api lilin kek hari jadi... terus almarhum...

Quote Fly_over 20-5-2023 10:48 PM
comel sgt si ecah bila xde mekap sekodi
Quote mawardia 20-5-2023 11:05 PM
Alahaii kalau me ols jadi nurse OT tu serba salah lah tgk muka cantik she ols. Cantik dan comel hg ecah without mekap.
Quote she 20-5-2023 11:24 PM
Comel dah tanpa mekap
Mak hang tu ja insecure
Quote TerataiMelur02 20-5-2023 11:27 PM
Ha  kan comel macam tu.
Semoga ecah besar nanti tak bimbo.
Quote Minami2013 20-5-2023 11:50 PM
Nmpak matang muka dia.
Quote I.K.A888990 21-5-2023 12:16 AM
comey je aaisyah ni
tp nampak tinggi eh bdk nj
Quote matjerk 21-5-2023 12:50 AM
[attach]2609579[/attach]
dudaberhias replied at 20-5-2023 06:06 PM
alamak semoga cepat sembuh puteri kokdiang...

dah la satu2nya puteri kepada permaisuri kokdiang agi ...


Gambar ni pekat sgt kokdiang nya
Screenshot_20230423-120028_Instagram.jpg
Quote EriaDoritis 21-5-2023 12:57 AM
Kes ecah ni macam my nephew. Terlebih gigi. 2 batang kena buang. Kalau tak buang jadi gigi berlapis. Susah nak bersihkan & senang rosak
Quote Nanadjo 21-5-2023 01:01 AM
Iols tak nampak mix omputih pd ecah ni. Iols nampak lebih macam mix pakistan je, baik masa bare face ataupun mekap sekati. Che ta ni ada darah keturunan india ke atau pure melayu?
Quote dudaberhias 21-5-2023 01:55 AM
Nanadjo replied at 21-5-2023 01:01 AM
Iols tak nampak mix omputih pd ecah ni. Iols nampak lebih macam mix pakistan je, baik masa bare face ...

Mix hindu langkasuka kot kaka. Kebetulan candi yindu langkasuka yang dah roboh tu pun kat area2 nekta lahir. So maybe ada sangkut paut keturunan. Nama sheols pun ada Wan. Wan singkatan dari Pahlawan jadi maknanya keturunan marhaen... Mungkin moyang dah tewas masa berperang sebab kena hempuk dek chola atau siam.

Entah lah zen tu pun iols tak pernah nampak heols as kokesen. Macam bengali ada la.

Quote CatMiow 21-5-2023 04:29 AM
Nanadjo replied at 21-5-2023 01:01 AM
Iols tak nampak mix omputih pd ecah ni. Iols nampak lebih macam mix pakistan je, baik masa bare face ...

masa kecik todler kot, dia nampak macam muka makcik dia shasah tu.

Skrng bnyak apps filter,susah nak kata muka orang sebenar, baik kanak2,baik orang tua.
Quote PuanAbby 21-5-2023 05:17 AM
Nanadjo replied at 21-5-2023 01:01 AM
Iols tak nampak mix omputih pd ecah ni. Iols nampak lebih macam mix pakistan je, baik masa bare face ...

Mcm budak banjragi bhaijan. Cuma budak tu dah besar tak lawa sangat la
Quote seripahzeripah 21-5-2023 04:19 PM
dudaberhias: alamak semoga cepat sembuh put ...


Kak dude...ank che ta si ammar tu hostuff utk gadis² urban desa di kl ya..gilpren..scandal²nya semuanya cntik² walaupun ala²mr bean rentung kena panah petir...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.046547 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top