CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ameng Hadir Majlis Pertunangan Anak Bukti A. Aida Tak Pernah Bermusuh, Mahu Bekas Suami Jadi Wali

20-5-2023 05:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4350| Komen: 27

Tidak pernah bermusuhan meskipun sudah bercerai sejak 20 tahun lalu, penerbit drama Datuk A. Aida tetap mahu bekas suaminya iaitu penyanyi Ameng Spring hadir ke majlis pertunangan anak sulung mereka, Wan Az Aleesa, 27.


Kata A. Aida atau Zaidah Awang, 53, dia sendiri yang meminta Aleesa untuk mengajak Ameng agar hadir pada majlis yang berlansung di Janda Baik, Pahang pada petang Sabtu.


"Saya tidak pernah bermusuhan dengan semua bekas suami. Sebelum ini pun selalu berjumpa dan bertegur dengan Ameng dalam mana-mana majlis.

"Bagi saya walaupun kami sudah berpisah, hubungan antara anak dan bapa tidak boleh dipisahkan. Jadi saya sudah pesan kepada Aleesa untuk menjemput bapanya dapat bersama pada majlis pertunangan.

"Saya juga mahu Ameng menjadi wali pada majlis pernikahan nanti. Mestilah lebih kalau bapa sendiri yang menikahkan anak sulung kami," katanya ketika dihubungi mStar.


Aleesa melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya bernama Zain Azrai Abdul Aziz yang merupakan seorang juruterbang.

Teruja bakal menyambut menantu, A. Aida sendiri yang bertindak menguruskan majlis tersebut termasuk hari pernikahan yang dirancang akan diadakan pada Julai nanti.

"Selama ini saya hanya melihat rakan-rakan uruskan majlis anak. Sekarang ini saya sendiri dapat merasakan pengalaman itu.

"Memanglah teruja dan sebab itu saya mahu uruskan semua sendiri. Biarlah penat sekalipun saya sanggup sebab sebagai seorang ibu ini adalah tanggungjawab saya bagi memastikan Aleesa gembira," ujarnya.


Bercakap tentang majlis pernikahan nanti, menurut A. Aida dia tidak pernah meletakkan sebarang jumlah besar untuk wang hantaran meskipun bakal menantunya itu juga dari latar belakang keluarga berada.

Bagi A. Aida, apa yang lebih penting adalah Zain mempunyai kerjaya sendiri dan tidak akan hanya bergantung harap atas kemewahan hidup keluarga.

Tambahnya, keluarga bakal besan juga menerima baik statusnya sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi perhatian ramai.

"Mereka menerima baik saya. Kami gembira dengan hubungan Aleesa dan Zain. Saya juga sudah maklumkan mungkin selepas ini mereka juga akan menjadi perhatian kerana status saya seorang selebriti.

"Soal duit hantaran pula saya biarkan Aleesa berbincang sendiri dengan Zain. Saya tidak mengharapkan jumlah yang tinggi. Cukuplah Zain ada kerjaya dan boleh menangggung hidup bersama Aleesa nanti," jelasnya.


Selain Aleesa, A. Aida memiliki seorang lagi anak perempuan iaitu Wan Azevanatassha, 22, hasil perkahwinan bersama Ameng.

Beliau juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rahul hasil perkahwinan dengan Suffian Sulaiman.

Antara artis yang hadir pada majlis pertunangan itu ialah Ummi Nazeera, Putera Amaris, Ana Dahlia, Zul Huzaimi, Mubarak Majid dan Farahdhiya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timah03 20-5-2023 05:32 PM
Baju serabut... Bunga serabut...
Quote Piramida 20-5-2023 05:35 PM
Harap one day, kalau anak acik rut rude bertunang, bernikah.. Boleh kita tengok cam gini gak acik rude ngan edel... Bukti tak pernah bermusuh.. Gitew huhu
Quote makcun14 20-5-2023 06:04 PM
cantik manis anak dorang. macam ni la bagus.  parents  bakal pengantin aman ok jach walau dah cerai , kurang sikit stress nak urus majlis.
Quote Thunderclouds 20-5-2023 06:04 PM
Taniya kedua mempelai.
Moga kekal bahagia sampei hujung nyawa.
Quote 3chanceno 20-5-2023 06:05 PM
Tahniah  kalau pertunangan dah cam gini, elok nikah sekali
Quote silampumeja 20-5-2023 06:08 PM
Ameng dgn a aida ni rumah dekat2 kat kmpg .. bercinta pulak dr zaman sekolah... Ada anak bersama. So buat apa bermusuhan... Hiduplah tenang2
Quote dudaberhias 20-5-2023 06:15 PM
bagus acik a aida...
dah tetua kerepot ni buang masa je nak gaduh2...

serhoper acik ritrut... dok merempan hari2 pun tak dapat apa... kontol jepun pun tak sempat nak sondol...

Quote hanihan16 20-5-2023 06:35 PM
manis rupa anaknya. cuma i konfius yg dipegang itu hand bouquet atau flower bouquet orang bagi hadiah?
Quote shernazz 20-5-2023 06:39 PM
Mcm baru habis grad je bouquet dia
Quote telracs 20-5-2023 06:47 PM
Hahaha...
Bunga tangan pun boleh jadi bahan gosip...
Quote scarflicious 20-5-2023 06:58 PM
Dah merian mcm ni, baik terus kahwin.
Quote jihyomelly 20-5-2023 08:31 PM
contoh yg baik..dah berpisah tapi tetap berbaik demi anak2…
Quote slyfynx 20-5-2023 11:38 PM
"Saya juga mahu Ameng menjadi wali pada majlis pernikahan nanti. Mestilah lebih kalau bapa sendiri yang menikahkan anak sulung kami," katanya ketika dihubungi mStar.


Ate, udah mmg die wali.
Quote irvene 20-5-2023 11:52 PM
mak kau ke uruskan semua ni? taste hauk betul, sama macam hidung dia
Quote MarryPottet 20-5-2023 11:59 PM
Tahniah nek aida, ameng & lovebirds

Bakal suaminya ada iras pencurang bersiri si Alif Aziz tu kan?
Ke mata aku kero
Quote de_ikea 21-5-2023 06:46 AM
Tahniah. Yg baik-baik boleh dijadikan ikutan. Yg tak baik boleh dijadikan sempadan.

Zaidah Awang mudah move on sbb dah berkahwin lg dan lagi. Manakala Royani masih ditakuk lama. Kalau jadi dgn askar jepun atau donna muslim dulu, pasti Ryan dan Aidit dah selamat Aidilfitri dan Aidiladha di rumah Aidil. Apakan daya. Dunia ini mmg tak adil nakkk.
Quote jalfa 21-5-2023 09:28 AM
Acik zaidah serai dulu pon bukan sbb kes curang ke apa..tgk kes jugaklah.haukncamne pon hidung dia,yg penting dia kasi tok laki jumpa anak anak
Quote Burong_Hantuk 21-5-2023 11:12 AM
antara bapak x guna ....
Quote takayama 21-5-2023 04:50 PM
Disbbkan ada yg komen psl bunga tu maka kaka pun belek semula, asal boleh aje
dah tua memsg ni xyahlah nk bermusuh bagai plus A Aida ni kan si ameng tu dah sah sah wali anak2 dia mmglah anak dia kena jumpa bpknya

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.081486 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top