CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ikmal Amry Tak Cemburu Lihat Kejayaan Mierul Aiman

20-5-2023 02:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2641| Komen: 36

Pelakon, Ikmal Amry menepis dakwaan segelintir pihak kononnya dia menyimpan iri hati melihat kejayaan pelakon baharu seperti Mierul Aiman.

Perkara itu dilayangkan kepada Ikmal apabila terdapat pihak yang mendakwa nama Ikmal kian memudar sejak aktor berusia 29 tahun itu mendirikan rumah tangga selain kemunculan bakat baharu dalam industri seni tanah air.



Bagaimanapun, Ikmal yang juga produk keluaran Hero Remaja itu menegaskan bahawa dakwaan itu tidak benar sebaliknya dia bangga melihat industri seni tanah air dimeriahkan dengan kehadiran bakat-bakat baharu yang berkualiti.

“Cemburu? Tidak pun tetapi gembira sebab ada pelapis macam dia dan bangga lihat pelakon baharu ada keinginan besar macam itu.

“Saya sendiri nak jumpa dengan Mierul untuk kongsi dan tanya tentang pengalaman dia belakon sehingga mampu berlakon sebagus itu.

“Memang tiada langsung rasa iri hati dengan kejayaan dia,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.


Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali berkata, walaupun masih dalam proses belajar untuk meningkatkan lagi kualiti lakonan, dia tidak kisah untuk belajar dan berkongsi ilmu dengan pelakon senior mahupun junior dalam industri.


“Saya jujur dengan diri sendiri. Saya pun masih belajar dan bukan dilahirkan sebagai seorang yang sudah ada bakat lakonan.

“Walaupun terpaksa belajar (teknik lakonan) dengan pelakon junior, kalau dia lebih bagus, mengapa tidak,” katanya lagi. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 20-5-2023 02:16 PM
Aik wife dia pon dah nak iras muka wife boss nya
Quote dudaberhias 20-5-2023 02:20 PM
motip nak cemburu?

dah la dedua tak herlok... sorang hidung jambu batu rnr senawang... sorang lagi pusat ala2 cengkerang siput babi...

takde apa pun nak di iri hati bila lihat masing2 face to face...

Quote Mulotkoyak 20-5-2023 04:27 PM
Sebelum ni pun xfemes kan?? So sama je sendu nya tuh. Ghupe pun xbrapa nk ade.
Quote QueenIsolde 20-5-2023 04:41 PM
SalenaGomez replied at 20-5-2023 02:16 PM
Aik wife dia pon dah nak iras muka wife boss nya

Sape? Nadiyah shahab ke? Wife ikmal amry ke ape ni mmg adik nadiyah bini ben ali tu
Quote SalenaGomez 20-5-2023 06:28 PM
Edited by SalenaGomez at 20-5-2023 06:29 PM
QueenIsolde replied at 20-5-2023 04:41 PM
Sape? Nadiyah shahab ke? Wife ikmal amry ke ape ni mmg adik nadiyah bini ben ali tu


Wife ikmal ni nak sama mcm rupa nadiyah shahab kan kan

Cuma dia ni hensem laa n gaya mcm pelakon kat indon
Quote liyamariska 20-5-2023 06:59 PM
ikmal amry ni yg abg dia ada kes scammer tu kn?
Quote I.K.A888990 20-5-2023 07:09 PM
tapi hang mmg hensem ja dr bdk jaw tu
Quote ashilalat 20-5-2023 07:51 PM
dudaberhias replied at 20-5-2023 02:20 PM
motip nak cemburu?

dah la dedua tak herlok... sorang hidung jambu batu rnr senawang... sorang lagi  ...

Serius la kak dude Ikmal ni x herlok?

Aku kalau Malaysia ada siri BL, Ikmal ni aku nak pasangkan dgn Kidkylo Nabil Aqil tu. Pastu watak penggoda Nadhir Nasar

Mierul jd watak tempelan je lah.
Quote Nana_Man 20-5-2023 10:25 PM
Tapi mierul blakon lagi best. Hehee.
But i still suka anak ikmal. Cailie tu comel sgt.
Quote QueenIsolde 21-5-2023 05:42 PM
SalenaGomez replied at 20-5-2023 06:28 PM
Wife ikmal ni nak sama mcm rupa nadiyah shahab kan kan

Cuma dia ni hensem laa n gaya mcm pelakon  ...

Mmg wife ikmal adik nadiyah shahab pun rasanya..
Quote selipar_hijau 21-5-2023 05:48 PM
Aaaaa.. koyak koyak jubooo hitamm
Quote anilanil 21-5-2023 05:57 PM
Ikmal ni even sama2 hero remaja tapi tak bole join phc punya actors. Dia sendiri sedar diri dia agak kayu. Budak2 phc even muka felda harapkan jawline tajam kira passed la berlakon utk newcomers. Muka cam ikmal ni patut gi try cari makan kat indon. Permisa sinetron suka la yg putih2, muka ala mixed blood cam dia ni.
Quote jihah_kudat 21-5-2023 06:18 PM
QueenIsolde replied at 21-5-2023 09:42 AM
Mmg wife ikmal adik nadiyah shahab pun rasanya..

bukan..muka je nak dekat sama lepastu satu geng so acah2 sister sister gitu..
Quote SalenaGomez 21-5-2023 06:34 PM
QueenIsolde replied at 21-5-2023 05:42 PM
Mmg wife ikmal adik nadiyah shahab pun rasanya..

Xlahhhhh…nadiyah shahab tu org singapore…wife ikmal tu malaysian
Quote insyi81 21-5-2023 09:22 PM
apa kejayaan mierul aiman sampai nk jealous tu? saje tanya
Quote 3480 21-5-2023 10:23 PM
Wife dia rasanya kerabat nogori..
Quote LembingDayanti 21-5-2023 10:53 PM
ikmal amry handsome tapi katik, lepas tu mmg kayu kayan lakonan... kat podcast Studio Sembang jadi tetamu paling hauk... dgn tak pandai cakap nya.... ewwwwww.... si mierul tu hottttt.. pandai cakap spontan mcm aku tgh tgk kat big stage ni.. herlokkkk
Quote CandyK 22-5-2023 01:11 AM
LembingDayanti replied at 21-5-2023 10:53 PM
ikmal amry handsome tapi katik, lepas tu mmg kayu kayan lakonan... kat podcast Studio Sembang jadi t ...

Ikmal good looking tapi bila bercakap terserlah himbo dia. I suka tengok wife dia. Comel sangat.

Mierul pandai bercakap and nampak bijak tapi kadang-kadang panjang sangat jawapan dia bila kena iv. And berlakon pun best. Jadi ronaldo pun lawak gila. I suka hahahhaha
Quote Rogue98 22-5-2023 01:48 AM
Selalu tengok ikmal dgn gang2 pondan jer dulu. Tau2 jer dah kahwin dgn isteri yg dari famili kaya. Mierul tu juara HR...pastu dapat pulak watak utama HC. Tunjuk skill lawan pulak tu. Akmal ni duk umah jaga anak dah lah dgn kulit flawless muka jambu...kalah bini

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.047824 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top