Siapa sangka persahabatan yang dijalin terputus gara-gara seorang gadis terpaksa membatalkan hasratnya untuk menjadi pengapit sahabatnya, pada saat akhir. "I ada best friend, dululah... sekarang tak kawan. I sepatutnya jadi dia punya pengapit.
"Majlis kahwin dia hari Sabtu. Hari Rabu nenek I meninggal dunia. I kat Kuala Lumpur, jadi kena balik ke Johor Bahru (JB)," katanya menerusi satu video yang dimuat naiknya. Menurut gadis berkenaan, dia telah memaklumkan kepada sahabatnya kerana tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan untuk menjadi pengapit. Maklum balas yang diterima di luar jangkaan, apabila sahabatnya yang merupakan bakal pengantin melepaskan kemarahan terhadapnya. "Dia marah, dia kata 'Macam mana awak boleh buat saya macam ni'. I cuma cakap 'orang meninggal, mesti la I kena balik, takkan i pergi wedding you happy happy, nenek I meninggal, nanti saudara-mara tanya mana I. Sebab famili I semua tinggal di JB'.
"Apa yang dia balas 'Sampai hati you buat I macam ni. Tak sangka you buat I macam ni'. I terperanjat, ini orang meninggal, kenapa nak cakap macam tu kan?" ujarnya. Enggan mengeruhkan keadaan, dia memohon maaf kerana tidak dapat hadir menjadi pengapit di majlis perkahwinan. Menurutnya lagi, majlis perkahwinan sahabatnya itu tetap berlangsung dan pengapit digantikan dengan rakan pengantin yang lain. Namun apa yang tidak enak dilihat apabila si pengantin membuat perkongsian di Instagram Story selepas majlis selesai. "Dia buat post 'penghargaan' untuk orang lain (pengapit), ucap terima kasih kerana 'selamatkan' hari besar dia sebab dia 'ditinggalkan'. Dia kata I ditched (buang) dia. "I tak ditched dia, I ada pengebumian kan. Itulah kali terakhir I borak dengan dia... dia tak balas bila I cakap nak balik sebab orang meninggal. I minta maaf, dia tak balas,” katanya. Menurutnya lagi, mereka merupakan rakan karib selama lebih 10 tahun dan tidak menyangka persahabatan mereka terputus gara-gara perkara tersebut. Pada masa sama, dia turut menjelaskan alasan tidak menjadi pengapit kepada sahabatnya pada Sabtu memandang pengebumian neneknya berlaku Rabu. "Ini kerana dia (pengantin) tak balas (mesej) dan cakap benda tak baik. Jadi, I fikir tak perlu perkara negatif," ujarnya menerusi ruangan komen. Dalam pada itu, rata-rata netizen bersimpati dengan kisah yang dialami gadis tersebut bersama sahabatnya, dan antara mereka berkongsi reaksi dan pandangan. Sumber: mStar
|
HujanBatuTiga: Edited by HujanBatuTiga at 20 ...
yondu: pmpn kalau berkawan super toxi ...
ADVERTISEMENT