Sayu mengenangkan anak lelaki Didie Alias, Muhammad Dhanial yang bakal mendirikan rumah tangga pada Sabtu tidak ‘ditemani’ bapanya. Menerusi laman Instagram miliknya, Didie atau nama sebenar, Fadzilah Mohd, 51, mendoakan agar anaknya itu kuat menjelang hari bahagia esok.
Didie juga turut memuat naik sebuah video memperlihatkan kesemua rombongan anak-anaknya serta saudara-mara di lapangan terbang menanti untuk berlepas ke Tawau, Sabah untuk majlis pernikahan dan persandingan Dhanial. Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia pada 4 Mei lalu akibat serangan jantung ketika sedang menikmati sarapan bersama Dhanial yang menetap sekali dengan bapanya.
|
ADVERTISEMENT