Berkongsi mengenai persiapan menuju hari bahagianya bersama aktres Mimi Lana, Syafiq Kyle berkata, dia banyak bertanya orang sekeliling bagi memastikan dirinya cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
"Secara spesifik mungkin saya ada pengalaman menguruskan kehidupan peribadi, jadi saya gunakan juga pengalaman yang ada, suai dan padankan. "Yang penting jangan malu bertanya, apa dugaan orang lain saya boleh ambil pelajaran daripada situ," katanya kepada OHBulan. Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada dilanda ujian sepanjang tempoh pertunangan, aktor berusia 30 tahun itu enggan mengulas panjang. "Alhamdulillah, baik semuanya. Tapi kalau ada ujian bertunang sekali pun tak akan saya nak kongsikan kepada umum. "Sekiranya ada atau tidak ujian itu hanya saya sendiri yang mengetahui. Perkahwinan ini merupakan yang pertama untuk saya. Banyak hal yang saya belajar dan kawal menguruskan perkara begini (perkahwinan). Saya perlukan sokongan juga orang sekeliling," ujarnya. SUmber: OHBulan |
ADVERTISEMENT