CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Client Tak Nak Renew Kontrak, Sangka Jihan Muse Dah Bersara- "Saya Perlahankan Karier Sebab Nak Tengok Anak Membesar"

19-5-2023 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1993| Komen: 18

Sejak hamil anak kedua, jarang nampak Jihan Muse sampai ada menyangka dia sudah bersara.

Namun katanya dia masih aktif tetapi ingin memberi perhatian lebih terhadap dua anak lelakinya yang masih kecil.


Foto: IG

"Baaru-baru ini ada client jumpa saya tidak mahu memperbaharui kontrak bagi satu produk ini. Apabila saya tanya kenapa, dia memberitahu ada pihak mengatakan saya sudah bersara.

"Saya belum bersara cuma kebanyakan tawaran yang saya ambil tidak memerlukan komitmen yang panjang. Seperti lakonan memang saya tolak buat masa ini demi anak-anak," katanya kepada mStar.



Jihan berkata, dia mahu menjaga sendiri anak-anaknya kerana tidak mahu melepaskan saat-saat melihat mereka membesar di hadapan matanya.

Mendengar pengalaman daripada rakan artis senior yang kesal lebih mementingkan karier berbanding keluarga membuatkan dia enggan mengulangi kesilapan sama.


"Sebenarnya adalah beberapa artis senior yang saya rapat beritahu mereka banyak rugi masa terlepas momen untuk melihat anak-anak membesar.

"Jadi saya ambil perkara itu sebagai pengajaran untuk diri sendiri. Saya fikir kalau asyik sibuk bekerja, mungkin saya pun akan jadi macam tu. Tiba-tiba anak dah besar."



Tambah Jihan lagi, dia mahu mencabar diri sendiri untuk menjadi seorang ibu yang hebat seperti mana dia berjaya melakukan setiap pekerjaannya dengan baik.

Suaminya iaitu Ungku Hariz, 38, turut mencabar dirinya sama ada boleh bekerja tetapi dalam masa yang sama bijak menguruskan hal rumah tangga.

"Pendorong utama saya sebenarnya adalah suami kerana dia macam mencabar saya juga. Dia beri saya bekerja tapi dia akan tanya boleh ke saya uruskan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

"Saya mahu cabar diri saya sendiri. Saya boleh kerja depan beribu orang, tak ada masalah untuk saya.

"Tapi dekat rumah, saya tak berapa hebat. Saya rasa saya hebat dengan kerjaya saya, tetapi sebagai ibu saya belum hebat," jelasnya.



Jihan turut berkongsi rasa teruja dapat kembali semula menjadi panel penyiasat tetap dalam program ICSYVMY musim keenam selepas setahun berehat kerana hamil anak kedua.

"Tahun lepas sepatutnya saya ada tetapi waktu rakaman saya masih baharu trismeter pertama, saya betul-betul mabuk teruk tak boleh datang kerja itu sebab saya tidak menyertainya musim lalu.



"Alhamdulillah, tahun ini saya dapat menyertai semula produksi ICSYVMY yang mana musim kali ini lebih meriah dan 'gila' berbanding sebelumnya," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 19-5-2023 11:03 AM
ok macam dah lupa pulak kewujudan dia nih
Quote tulip-rain 19-5-2023 11:17 AM
Ye ke sebab tu...
Quote mamajawie 19-5-2023 11:49 AM
da x relevan..better kak lina kepom dgan hajbil
Quote sangbara2020 19-5-2023 11:51 AM
npk pompom mendunia skrg ni
Quote Diamondmoney 19-5-2023 11:59 AM
Skrip yg sama bg retis2 yg dah sendooooo
Quote kaseh80 19-5-2023 12:19 PM
Dah basi
Quote dudaberhias 19-5-2023 12:49 PM
sah2 sebab dah sendu... mengacara pun tak best... bukannya sebab orang tak nak renew kontrak pun...

go go acik lina pom pom...

hantu gigi dah boleh bersara dan join tabligh yach...

Quote doridori_hi 19-5-2023 12:51 PM
dudaberhias replied at 19-5-2023 12:49 PM
sah2 sebab dah sendu... mengacara pun tak best... bukannya sebab orang tak nak renew kontrak pun...
...

napa tabligh kaka??? sexplain plss..
Quote DARSITA 19-5-2023 01:08 PM

Bagus dia ni walau bukan top retis tapi dia lebih pentingkan tanggungjawap as a mother. Bukan mcm Siti anak kecik gigih bergelek gelek utk cari duit lepas tu empat kali sekejap ckp rindu anak rindu anak padahal nak dptkan si oren tu makan tahun.
Quote wirazam 19-5-2023 05:10 PM
Dia nih contoh transformasi yg berjaya...betullah org ckp..you need money to be more beautiful
Quote miszclassique 19-5-2023 05:14 PM
Haritu org speku dia ni yg ade masalah rumah tangga tu kenapa ek
Quote emera 19-5-2023 06:58 PM
Sukar utk ku percaya alasanmu.
Quote minime88 19-5-2023 07:14 PM
Edited by minime88 at 19-5-2023 07:16 PM

ada tgk ulangan gv season lama. rasanya suka style mengacara jihan. mmg baru baru kak lina pompom is a breath of fresh air tapi lama lama tgk asyik terkinja pening plak.
Quote sleepandream 19-5-2023 07:57 PM
sheols best jehhh... atleast tak sebosan sherry yach...
Quote krustykrab 19-5-2023 08:09 PM
minime88 replied at 19-5-2023 07:14 PM
ada tgk ulangan gv season lama. rasanya suka style mengacara jihan. mmg baru baru kak lina pompom is ...

Tu lah rengsa telinga dok kepom kulu kepom kilir...lps tu buat bunyi² merengek dlm kelambu..geli lah
Quote timah03 19-5-2023 08:13 PM
Siapa artis senior tu...yg adik dia sidai bra tu ke...
Quote timah03 19-5-2023 08:15 PM
Kalau ikut rekod, tak ada banyak pun dia berlakon...
Sblm kahwin pun dah slow berlakon kan...
Pelik alasan...
Quote sarah_ary2 19-5-2023 08:20 PM
timah03 replied at 19-5-2023 08:13 PM
Siapa artis senior tu...yg adik dia sidai bra tu ke...

Dorang kawn jugek kan? Ahahha

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.047719 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top