CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Genap 8 Hari, Rebecca Nur Al Islam Umum Nama Anak "Muka Penuh Lepas Habis Berpantang, Sabar Ya"

19-5-2023 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1015| Komen: 7

Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad selamat melahirkan anak keenamnya pada jam 8.30 pagi secara pembedahan, di sebuah hospital swasta pada 12 Mei lalu.

Genap lapan hari, pelakon ini mengumumkan nama penuh bayi lelakinya iaitu Nor Ammar Al-Rizky.



“Di pagi Jumaat yang barokah ini, saya memperkenalkan kepada anda semua nama bayi saya, iaitu Nor Ammar Al-Rizky.

"Alhamdulillah hari ini Jumaat, hari kelapan buat baby Ammar yang dan mummy yang baru melahirkan.

"Semoga Baby Ammar membesar dengan sihat, Bijak pandai, menjadi anak yang soleh, dan di jaga Allah SWT di setiap langkahNya, Ameen,” tulisnya di Instagram.


Foto: via Murai


Rebecca turut memberitahu dia bakal mendedahkan wajah penuh anaknya itu setelah dirinya selesai menjalani tempoh berpantang.

“Hari ni baru hari 8. InsyaAllah habis berpantang nanti Mummy share pic baby Ammar terang-terang ya. Sebab ada yang ramai bertanya nak tengok . Sabar ya, soon InsyaAlla."

Sekadar info, Rebecca telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.

Perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata, Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Alif Al-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4,  dan Nor Aurora Riana, 4. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brunesss 19-5-2023 10:51 AM
Siapa lah sangap yang nak tengok anak teletubis ni
Quote KirazMevsimi 19-5-2023 11:09 AM
alhamdulillah tahniah selamat melahirkan. moga sihat semuanya. selamat bèrpantang
Quote dudaberhias 19-5-2023 12:54 PM
alhamdulilah tahniah...

walaupun kaka tak berminat nak nengok pun sejujurnya...
bukan herlok pun laki bini...

Quote chikumanis 19-5-2023 12:59 PM
haaa..bagus pun bagi nama semua anak5 ada pangkalan AR...semua boleh recycle kan..dari katil, ke lapik, ke sarung bantal n tuala.
Quote nura19 19-5-2023 01:04 PM
Tahniah seronok nye bau baby...
Quote uda 19-5-2023 04:09 PM
emma mambung selamba je tayang anak dia
Quote likilu 19-5-2023 04:25 PM
Bagus muda muda jd retis pastu dapat jodoh orang kaya terus non stop buat anak

Macam ni baru boleh panggil aset negara, tambah rakyat

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.133258 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top