Tular video Sajat di TikTok tampil menyokong konsert Coldplay diadakan di Malaysia sebelum video itu dipadam. Dalam perkongsian tersebut, Sajat sempat memuji sikap keterbukaan Malaysia yang sudah menerima kedatangan artis luar negara untuk membuat konsert demi menaikkan ekonomi negara.
Namun, Sajat turut meluahkan rasa kurang senangnya apabila ada segelintir pihak yang sering menentang aktiviti tersebut dilakukan. “Baguslah tu, Malaysia dah bagi Mat Saleh buat konsert. Itu salah satu penyumbang ekonomi macam saya cakap sebelum ni. “Saya tak tahulah, perempuan buat konsert dia marah. Lelaki buat konsert dia marah. Semua dia nak marah aku tengok orang yang acah-acah alim ni. Kalau macam ni lah, lingkup Malaysia. “You all patut bersyukur sebab inilah salah satu cara mempromosi Malaysia. Okaylah, setiap dua bulan ada konsert,” katanya.
Menurut Sajat, segelintir pihak perlu bersikap terbuka dengan isu begini dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. “Mereka patut tahu konsert ni bukan untuk orang Melayu je. Ada ja orang dari negara jiran tu nak datang tengok. Nama pun konsert, konsert tu disiarkan, dihebahkan, dihebohkan. “Sekarang ni mudah viral. Dulu kata Blackpink macam-macam tu sekejap je viral tak ada jadi apa-apa pun. Orang yang selalu judge ni buka mata sikit, orang yang selalu condemn ni adalah orang yang nak kita tak maju. “Dorang gunakan hal agama untuk kepentingan mereka. Orang nak buat sesuatu pun takut sebab cepat viral. Setiap artis yang masuk negara, mereka akan tahu negara tu apa yang tak boleh, perkataan apa yang tak boleh keluar, baju apa tak boleh pakai, itu ini apa sensitiviti dekat Malaysia ni mereka kena hormati. “Buatlah rule satu kat Malaysia, kalau buat macam ni kena denda sambil banned kalau dia buat isu-isu yang tak sepatutnya,” jelasnya. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT