Pekerja farmasi wanita berdepan dengan detik cemas apabila didatangi seorang lelaki yang secara tiba-tiba menunjukkan kemaluannya di dalam sebuah farmasi, Selasa lalu. Melalui video tular yang dimuat naik di laman Facebook Kes Viral Apa Hari Ini pada Khamis, kelihatan lelaki berpakaian serba hitam itu bertanya sesuatu kepada kakitangan farmasi tersebut di kaunter premis berkenaan.
Suspek yang turut memakai pelitup muka kemudiannya secara tiba-tiba membuka seluar dan menunjukan sesuatu di punggungnya. Tindakannya itu menyebabkan pekerja farmasi berkenaan menjauhkan diri dari kaunter, namun dilihat masih tenang melayan suspek. Mangsa turut meletakan sesuatu di atas kaunter dipercayai ubat yang diminta suspek. Keadaan menjadi lebih menakutkan apabila suspek mula memegang dan menunjukkan kemaluannya ke arah mangsa.
Melalui maklumat yang dikongsikan dalam ruangan komen, seorang pengguna Facebook, AmirRr memaklumkan suspek beredar daripada farmasi tersebut selepas pekerja berkenaan memberitahu suspek polis dalam perjalanan ke premis berkenaan. FB "Dengar cerita dia lari selepas pekerja kat situ bagi tahu polis nak datang. Gila betul orang sekarang tunjuk 'bebird' (kemaluan) di khalayak ramai," tulisnya. Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan kenapa suspek bertindak sedemikian dan belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan pihak berkuasa. Sumber: Majoriti
|
Thunderclouds replied at 18-5-2023 08:49 PM
Hati berbunga² sbb ada bidio.
Tup² time tunjuk konek p blurkn dh kenapaaaaaaaaaaaa..
doubleharmonic replied at 19-5-2023 12:22 AM
ada la kat hujung2 bideo tu tak censor. tapi still tak nampak sebab micropenis sangat kohkohkohhh
...
dua_chzy replied at 19-5-2023 06:46 AM
Ala anjing...Dah la kote secoet ja.
ADVERTISEMENT