Mahkamah Sesyen Tawau hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan sepuluh kali sebatan ke atas buruh ladang berusia 60 tahun selepas mengaku bersalah merogol anak saudaranya yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam, Mac tahun lalu.
Hakim Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Moin Usop, 60, selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh dan mensabitkannya dengan pertuduhan. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berumur 20 tahun di dalam tandas di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit dalam daerah Semporna, jam 12.30 tengah malam, pada 7 Mac 2022. Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang sepuluh tahun dan tidak lebih 30 tahun serta hukuman sebat.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syahnidzam Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Syahnidzam dalam hujahnya memohon hukuman berat atas faktor kepentingan awam selain sebagai pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira faktor pertalian darah antara tertuduh dan mangsa dalam kes itu adalah anak saudaranya sendiri. Katanya, tertuduh yang tinggal sebumbung bersama mangsa dan ibunya seharusnya bertindak sebagai pelindung dan bukannya mengambil peluang atas kekurangan mangsa. "Pendakwaan juga ingin tekankan pada mahkamah keadaan mangsa ialah seorang individu (OKU) lembam, namun tertuduh tergamak merogol mangsa yang juga anak saudaranya sendiri. "Oleh itu, pendakwaan menghujahkan bahawa hukuman sebat adalah dibenarkan keatas tertuduh walaupun tertuduh berusia melebihi 60 tahun," katanya. Berdasarkan fakta kes, kejadian jam 12.30 tengah malam ketika mangsa bangun untuk ke tandas sebelum tertuduh bertindak mengekori mangsa lalu merogolnya. Kejadian itu bagaimanapun disedari ibu mangsa yang sempat menyaksikan sendiri perbuatan keji tertuduh itu sebelum tampil membuat laporan polis. Tertuduh bagaimanapun dalam rayuannya memohon hukuman ringan dengan alasan mempunyai penyakit kencing manis dan mahkamah menetapkan hukuman keatasnya berkuatkuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 6 April 2022. Sumber: BH Online
|
sukacactus replied at 18-5-2023 10:31 PM
Alhamdulillah setan ni ada kencing manis
Skit lg anu dia tu buat hiasan sj
ADVERTISEMENT