CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Rakyat Malaysia Sanggup Bergolok Bergadai Nak Beli Tiket Konsert, Bila Nak Makan Minta Kerajaan, Buat Malu!"

18-5-2023 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1782| Komen: 48

PETALING JAYA – Tindakan segelintir individu yang sanggup menggadai barangan mereka semata-mata untuk membeli tiket konsert siri jelajah kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay dengan harga mencecah RM3,000 mengundang kritikan ramai.


Antara barangan yang dijual atau digadai adalah emas, telefon bimbit, motosikal, perabot rumah dan lain-lain.

Terdahulu, tular seorang lelaki sanggup mengambil keputusan untuk menjual peti ais dan motosikalnya demi membeli tiket konsert Coldplay berharga RM3,338.


Lebih dasyat, lelaki yang dikenali dengan nama Danar itu memaklumkan bahawa dirinya ada membuat pinjaman peribadi, namun gagal sebelum tekad menjual barangan peribadinya.

Dalam pada itu, dengan pengorbanan drastik dilakukan peminat kumpulan rock tersebut, ada yang meluahkan rasa kurang senang apabila untuk mengejar keseronokan, rakyat Malaysia sanggup berhabis wang sehingga rela menggadai apa yang ada.


Namun, kata mereka, dalam perbelanjaan untuk membeli makanan dan keperluan hidup, rakyat Malaysia dilihat lebih suka mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan.

“Nak tengok konsert Coldplay sanggup bergadai barang, bila nak makan minta kerajaan, buat malu sahaja. Rakyat Malaysia ini masih ramai yang tak reti guna duit dengan baik untuk utama keperluan hidup daripada kehendak diri,” tegur seorang pengguna di Facebook.

“Siapa kata rakyat Malaysia miskin? Tak sampai dua jam, tiket konsert harga RM3,000 pun ‘sold out’. Sanggup jatuh lebih miskin untuk tengok konsert, menyimpan duit tak nak,” perli pengguna yang lain. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 18-5-2023 04:36 PM
Edited by Skuau at 18-5-2023 04:39 PM

eh...acaner dia boleh tau sapa??? bior butul hang ni..'AKU...YG MISKIN' ni...tak pi tau..jgn ckp tu...cam hang boleh 'baca fikiran orng'
Quote ifanonline 18-5-2023 04:37 PM
yg miskin tak kan beli tiket coldplay...jgn tuduh sebarangan
Quote bunnyj3lly 18-5-2023 04:50 PM
Tahnye.. kita yang tak berduit sedar diri ni tak terdetik pun nak login LiveNation website tu tau. Ish.. koser nak perabeh duit. Tengok youtube ulang-ulang je
Quote prince_marhaen 18-5-2023 04:55 PM
yg jual motor jual peti ais tu kan warga yindon sana.... apooo bodoh wartawan
Quote asudau 18-5-2023 04:57 PM
yang pi konsert tu semua T20 dik..

yang B40 dan M40 bercatu makan dik, acik2 gomen pun tengah sesak dik, esok baru gaji katanya..
Quote Samerosie 18-5-2023 05:02 PM
Eh, cerita yg bergolok gadai sampai peti ais zaman 90an pun dia nak jual timbang kati tu indon kan.  so far tak dengar lagi Malaysian yg jual benda tuk beli tix.
Quote mojarean_X 18-5-2023 05:05 PM
Ada je m40 dan b40 pegi tp bbnu lah yg sanggup kumpul duit
Quote kitaserupaaa 18-5-2023 05:07 PM
Yg beli tiket tu maybe ade extra saving untuk entertainment & leisure xtvt. Ada org spend 3k untuk tiket concert, ada org lain spend 3k utk tiket flight, rim kete, handbag, smartphone.. asal pembeli tiket tak de hutang ngan orang, ikut suka la nak manage duit masing2
Quote Azhargoth 18-5-2023 06:00 PM
Stupid kosmo..tiket coldplay sold out kira rakyat senang la..berapa % la dari rakyat Malaysia yang pegi tengok tu..idioto..sama mcm pemikiran PM triple X jugak
Quote capiloton 18-5-2023 06:07 PM
ayat orang bangang.

beramai ramai rakyat malaysia yang beli tiket Coldplay tu?

ada ker 10 juta orang yang beli?

tak kira masa gomen BN, PN or PH,
tetap keluar ayat bangang yang sama
Quote card_reader 18-5-2023 06:21 PM
bukan 4 negara gak ke, malaysia, singapore, indonesia, thailand...
Quote hyie 18-5-2023 06:31 PM
yang bebetul layan lagu2 omputeh ni biasanya golongan well-educated, berpendapatan tinggi, biasanyalah. Diorang tak stuck kat lagu2 jiwang rock kapak 80an 90an.
Quote syamzana 18-5-2023 06:39 PM
buat karangan berjela fitnah rakyat msia ujung2 content asal pasal ummah yindon.
harap penulis buat permohonan maaf secara terbuka kpd rakyat malaysia
Quote imanjannah 18-5-2023 07:28 PM
yg susah makan tu golongan lain, yg membeli tiket tu golongan lain, jgn pukul rata
Quote bonggo 18-5-2023 09:04 PM
Orang yg beli tiket coldplay tu sama ke dgn org yg mengemis nak makan pon x cukup. Ada data statistik ke yg boleh tunjuk brapa ramai org yg bergolok bergadai beli tiket aka b40 dgn yg betul2 mampu beli. Ni pukul rata asal boleh. Asal tiket mahal cepat sold out ke terus cakap "duit nk makan takde takpe asal boleh berseronok". T20 malaysia ni 20 peratus rkyat malaysia ni logik je klu sold out
Quote che_yatt 18-5-2023 09:11 PM
asudau replied at 18-5-2023 04:57 PM
yang pi konsert tu semua T20 dik..

yang B40 dan M40 bercatu makan dik, acik2 gomen pun tengah sesak ...

khens... meolls B40 nganga je lah dengar kawan-kawan T20 cerita pasal beli tiket ni..memang depa ni kaya betul
Quote Piramida 18-5-2023 09:18 PM
Rasanya dlm ribuan yg membeli tu terselit jugak yg meminjam kot.. Pinjam kawan2 hutang 2..3 kali bayar hihi
If minat no prob.. But is sekadar follow the trend org pergi dia pun nak pergi.. Emphmmm jugak lah.
Tapi suka hati dialah kan hihihi
Quote akusukaq 18-5-2023 09:29 PM
kitaserupaaa replied at 18-5-2023 05:07 PM
Yg beli tiket tu maybe ade extra saving untuk entertainment & leisure xtvt. Ada org spend 3k untuk t ...

3k tu baik aku guna beli flight kemane mane, lagi bermakna.   tak minat aku dgn  dgn rocker rocker semua ni
Quote nw111 18-5-2023 10:03 PM
Seumur hidup akak yg dh nk hampir senja ni..x pernah akak pegi concert retis2 ni... local or international.. walaupun akak lama dok obersi dulu..boleh je nk pegi concert mcm2 retis..tapi akak tak pegi...sbb tak pegi..1.akak rasa tak berbaloi bayo mahal2 pastu masa concert nmpk org lidi je nyanyi..baik tgk tv blh nmpk muka sebesor alam...2. akak sejenis overthinking..akak takut tetiba tgh concert ada org dajal pegi bom ke hape..tak pasal akak mati katak tgh terkinja2 x sempat mengucap.... anak2 akak pun akak larang pegi concert walaupun akak tak berapa nk alim sgt

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.060258 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top