SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Cuti tahun cuma dua hingga tiga hari, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Elon Musk berkata, beliau merupakan seorang yang produktif dalam bekerja. MailOnline melaporkan, Musk yang juga CEO Tesla dan SpaceX memberitahu bahawa beliau tidur enam jam setiap hari dan bekerja tujuh hari seminggu.
“Saya pernah cuba tidur kurang daripada enam jam. Meskipun saya berjaga lebih lama, tidak banyak pekerjaan yang boleh dilakukan. Saya juga mengalami sakit kepala jika kurang tidur,” katanya. Bilionair itu turut mengkritik sistem bekerja dari rumah. Katanya, sistem itu tidak adil kerana mereka yang bekerja sebagai tukang masak dan penghantar makanan tidak boleh berbuat demikian. “Ia amat teruk apabila memikirkan bahawa golongan ini perlu pergi ke tempat kerja sedangkan anda (pekerja pejabat) tidak.
“Ini tiada kaitan dengan produktiviti, sebaliknya salah dari segi moral,” ujarnya. Selepas mengambil alih Twitter pada Oktober 2022, Musk mencetuskan kritikan apabila menamatkan kebenaran bekerja dari rumah. Dalam satu e-mel kepada kakitangannya, Musk berkata, semua pekerja perlu hadir ke pejabat selama lebih 40 jam dalam seminggu dan sekiranya enggan, mereka wajar meletak jawatan. –CARI Sumber: Kosmo
|
Skuau replied at 18-5-2023 05:21 PM
try keja ngn kapitalis Msia....gaji ngn faedah sama cam PATI dpt...ko mampooo ke x???
Orenn1 replied at 18-5-2023 04:42 PM
Tak setuju klu bekerja dr rmh sampai diklasifikasikqn sebagaiii salah dr segi moralll. Setiap org yg ...
midori888 replied at 19-5-2023 12:05 AM
totally agreed....tak pnh suka si Elon Musk nie....mentang2 dia byk duit kemain kutuk org...dia y ...
airfilterkotor replied at 19-5-2023 07:59 AM
40jam seminggu?
Takdak laif kaa deyy.
anony-mous replied at 20-5-2023 06:21 AM
Company sendiri mmg la ko rajin kerja. Cuba ko yg mkn gaji?? Sama kapitalis dgn cinapek dragon yg te ...
airfilterkotor replied at 19-5-2023 07:59 AM
40jam seminggu?
Takdak laif kaa deyy.
SalenaGomez replied at 20-5-2023 06:34 AM
40 jam seminggu tu standed hour keje …pukul 9-5
Dia nak suruh keje lebih 40 jam kekdahnya
ADVERTISEMENT