Selepas dua tahun menjalin hubungan, wanita yang tidak didedahkan identitinya terkejut apabila mengetahui jantina sebenar 'kekasihnya' melalui Facebook (FB). Lebih malang apabila dia sudah dua kali terlanjur melakukan hubungan seks dengan individu yang menyamar sebagai lelaki itu, lapor Mirror.
Difahamkan, mereka sebelum ini pernah merancang untuk berkahwin tetapi tidak diteruskan selepas penipuan tertuduh, Blade Silvano, 40, terbongkar selain disebabkan 'penyakit' defendan. Menurut pendakwa raya, pasangan itu berkenalan secara dalam talian pada akhir 2016 apabila Silvano memuat naik statusnya di sebuah ruang mencari teman wanita. Pertemuan pertama mereka adalah pada Disember tahun yang sama sebelum terlanjur melakukan hubungan seks sebanyak dua kali. Michael Hillman mewakili pihak pendakwaan berkata, Silvano terus menyembunyikan identiti sebenar dengan menggunakan 'barang tidak diketahui' dan sentiasa memakai baju T.
Silvano kini dibicarakan di Mahkamah Mahkota Cambridge dan menafikan dua pertuduhan dikenakan terhadapnya. Dalam keterangan, mangsa memberitahu 'teman lelakinya' itu menggunakan nama Blade Mendez dan memberitahu polis dia tidak pernah bersetuju untuk melakukan hubungan seksual dengan seorang wanita. Semasa pemeriksaan balas, mangsa didakwa menafikan keseluruhan hubungan itu adalah sebahagian daripada lakonan dan fantasi antara mereka. "Saya hanya mengenali Blade sebagai seorang lelaki," katanya. Sumber: harian Metro
|
Samerosie replied at 18-5-2023 05:22 PM
OKT chuols....Barang dapat .... Barang order....
Samerosie replied at 18-5-2023 09:22 AM
OKT chuols....Barang dapat .... Barang order....
Orenn1 replied at 18-5-2023 11:38 PM
lol kohkohkohhh ni mcm kes ex mod cari sebelum ni, brg order brg sampaii lakn bebenooo, gambarr pro ...
green~tea replied at 18-5-2023 03:47 PM
Rupa profile ayu... rupa sebenar sayu...
airfilterkotor replied at 18-5-2023 05:39 PM
Kiranya persetubuhan kaedah dry-foreplay la ni. Memang takkan perasan la.
ADVERTISEMENT