Susulan perkongsiannya mengenai susah payahnya mendapatkan tiket konsert kumpulan rock terkenal British, Coldplay, Khairul Aming menerima warkah terbuka daripada Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed.
Pempengaruh itu ditegur Mohamad Kamal yang bimbang akan kesan akibat perbuatan usahawan digital dari Kelantan itu yang seolah-olah menyokong gerakan LGBT dengan mempromosikan kejayaan pembelian tiket konsert kumpulan tersebut yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 22 November ini. “Sanggupkah saudara menjadi salah seorang penyumbang kepada sebaran budaya tidak sihat terutama kepada anak-anak muda? "Saudara tidak sepatutnya terlibat dalam kempen secara tidak langsung begitu kerana saudara adalah ikutan ramai anak muda,” katanya sambil mendoakan supaya pemilik produk Sambal Nyet Berapi itu membetulkan kesilapannya.
Mengulas lanjut, surat Mohamad Kamal yang dipaparkan dalam akhbar rasmi PAS, Harakah Daily berkata Khairul yang mempunyai imej yang bersih tidak sewajarnya mempromosikan konsert artis yang lantang mempromosikan gerakan LGBT. PAS sebelum ini mendesak agak konsert itu dibatalkan, dengan mengaitkan kumpulan itu dengan penyokong gerakan LGBT. Sumber: MalaysiaKini
|
Samerosie replied at 18-5-2023 03:54 PM
kuang kuang kuang..atau bak kata si blastop...phewittt
aleesyasofia replied at 18-5-2023 04:47 PM
maafkan ler pak ustaz ni yang tak tahu makna surat layang.. biasanya kita bagi surat layang ni sup ...
ADVERTISEMENT