CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mungkin Nak Tunjuk Mereka Kaya" - Lepas Bayaran 'Tersangkut', Atu Zero Tak Marah Tak Diundang

18-5-2023 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1059| Komen: 3

Sehingga kini pelawak Atu Zero masih belum menerima baki bayaran hasil kerjanya yang berjumlah RM29,800 daripada Awesome TV untuk pembabitannya dalam program Awesome Raja Lawak yang disiapkan pada 22 Nov tahun lalu, selain sitkom Housemate Kiriman Tuhan pada 20 Jan tahun ini.


Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif bagaimanapun berkata dia belum terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya tak bercadang untuk ambil tindakan undang-undang kerana sedar saya ini bukan sesiapa.


IG

"Kalau saman, nanti saya nak kena bayar peguam, kena turun naik mahkamah... lagi banyak kosnya,” katanya kepada Malaysiakini.

Atu juga mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Adam Ilyas, meletakkan syarat agar dia muncul di pejabat syarikat terbabit serta meminta maaf terlebih dulu sebelum bayaran dikeluarkan.

"Pun begitu saya yakin kalau berbuat demikian pun belum tentu saya dapat bayaran penuh. Saya dah pernah datang ke pejabatnya sebelum ini," kata Atu.


Dia juga mempersoalkan kewajaran 'dihukum' kerana bersuara menyatakan pandangan serta menuntut haknya mendapatkan bayaran.

"Saya percaya kepada rezeki Allah dan alhamdulillah, sekarang saya terlibat dengan program Super Spontan dan kewangan saya kembali stabil.

"Walaupun siaran langsung program berkenaan belum bermula, saya dah terima bayaran," katanya.

Tambah Atu, 31, dia dan isteri merangkap pengurusnya, Shafeeqa Johari, hanya mahu mencari rezeki yang halal, namun tidak menyangka boleh berdepan dengan isu bayaran dengan sesebuah stesen televisyen.

"Tak apa, insya-Allah ada ramai lagi hamba Allah yang nak membantu kami,” katanya lagi.

Terdahulu, Malaysiakini menyiarkan luahan Atu berhubung isu bayaran yang belum diterimanya dan menyatakan tidak mungkin dia boleh menghalalkan wang tersebut kerana jumlahnya hampir mencecah RM30,000.

Walaupun wangnya belum dilunaskan, Atu tetap bersyukur apabila keluh-kesahnya berhubung isu itu turut membantu rakan artis lain untuk menerima bayaran hasil titik peluh mereka daripada syarikat terbabit.

Atu turut mengulas majlis rumah terbuka dianjurkan Awesome TV buat pihak media dan artis naungannya yang diadakan di sebuah hotel baru-baru ini.


IG

Katanya, dia tidak marah walaupun tidak menerima sebarang undangan.

“Mungkin dia nak tunjuk mereka ada duit atau kaya, tapi itu hak dia. Kami hanya minta hak kami yang belum mereka lunaskan.

“Lebih baik kami tak terima undangan dan tak perlu hadirkan diri, tak mahu nanti jadi yang bukan-bukan depan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, pihak Awesome TV tidak bercadang untuk memberi sebarang kenyataan berhubung isu dibangkitkan pelawak berkenaan memandangkan mereka sudah berbincang sebelum ini.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 19-5-2023 10:33 AM
Moga Atu berjaya dapat haknya dan haktuih sajork awesome tv ni
Quote Sesuatu… 19-5-2023 12:41 PM
Gengster betol osem tv ni. Osem tv u r so not osem
Quote dudaberhias 19-5-2023 12:57 PM
gitulah bila ko percaya dengan pengarahnya yang rhoper macam jabba the hut...

siap isteri adiknya ada sesi kena culik macam terroris dek bapak sendiri siap pistol bagai...

ada sebab la tu kan...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.041769 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top