CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura Bagi Hadiah Kereta Pada Dj Sonic?"Sangat Pemurah, Selalu Beri Hadiah Tapi Larang Beritahu Sesiapa"

18-5-2023 02:50 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 30834| Komen: 909|Original author: Saiful

Baru-baru ini DJ Sonic memuat naik foto sebuah kereta berwarna merah jambu dengan lambang nama Fazura.

Suslan itu ramai yang membuat andaian Fazura menghadiahkan kereta tersebut kepadanya.


Foto: IG

Bagaimanapun Sonic atau Awang Suffian Awang Hussein menjelaskan dia berkongsi foto tersebut hanya untuk berterima kasih namun menyangkal dakwaan menerima kereta itu daripada Fazura.

"Sebenarnya ramai tanya dan DM tentang kereta itu, adakah Fazura yang memberikan kereta berkenaan. Untuk maklumkan sebenarnya kereta itu adalah milik Fazura.

"Kereta itu digunakan semasa lawatan pada bulan puasa. Saya adalah orang pertama yang pakai kereta itu," katanya kepada mStar.


Sonic memberitahu dia memuat naik gambar tersebut untuk berterima kasih atas bantuan yang diberikan Fazura kepadanya sepanjang perkenalan mereka.

Fazura sememangnya banyak memberi hadiah kepadanya namun tidak didedahkan kepada media sosial atas pemintaan aktres itu sendiri.

"Apabila hari raya saya tak berkesempatan untuk bertemu dengan Fazura. Jadi saya ambil gambar tersebut untuk saya ucapkan terima kasih kepada Fazura.


"Dan sebenar-benarnya Fazura yang banyak bantu saya, Fazura ini yang banyak ambil saya. Daripada saya tak dikenali tapi sepanjang saya kenal Fazura sejak 2017, dia yang banyak lonjakkan nama saya.

"Saya nak berterima kasih dengan cara itu sahaja cara terbaik saya berterima kasih kepada dia dengan saya baring atas nama Fazura," jelasnya.



Sonic mendedahkan Fazura seorang yang merendah diri malah sering memberinya hadiah sebagai tanda persahabatan.

Namun Fazura sering melarangnya untuk memuat naik pemberiannya di media sosial kerana apa dilakukan adalah ikhlas dari hati.



"Fazura ini seorang yang bagus dia merendah diri, setiap apa yang dia berikan kepada saya takkan letak di media sosial. Dia pun tak benarkan kami untuk ambil video dan letakkan di media sosial. Dia selalu kata tak payah.

"Mungkin satu hari nanti Fazura akan beri kereta pada saya, mungkin. Kita doakan yang terbaik," jelasnya.

Tambah Sonic, dia tidak memandu kereta berkenaan sebaliknya Fazura juga menyediakan pemandu untuk membawanya ke lokasi lawatan sekali gus mengakui banyak kenangan bersama tim Fazura bersama kenderaan tersebut.



Sonic berkata, Fazura juga membantu dia sekeluarga terutama dalam kesihatan ayahnya yang bergantung dengan ubat ubatan setiap bulan.

"Saya tidak memandu kereta itu, tapi ada tim Fazura yang pandu kereta itu. Jadi kereta itu digunakan apabila keluar. Bila saya ke lokasi-lokasi lawatan, saya naik kereta itu dan ia banyak kenangan kepada saya dan tim Fazura.



"Fazura ada berikan saya sesuatu, hanya saya dan Fazura sahaja yang mengetahuinya. Dia banyak sangat membantu keluarga saya, sejak saya berkenalan dengan dia... saya tiada masalah nak beli ubat untuk ayah saya setiap bulan," ujarnya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brunesss 18-5-2023 02:57 PM
mudah2an sentiasa murah rezeki kaka faz agar di permudahkan membantu orang yang memerlukan.. mulianya hati kaka faz, luv youus
Quote vanillaninja 18-5-2023 02:58 PM
Rasanya ramai je tau Fazura ni memang pemurah.
Quote perrrghhhh 18-5-2023 03:01 PM
Fazura ni pernah bagi tali pinggang Hermes kat sorang pekerja Mandarin Hotel, ini cerita lama dah. Rasa masa tu belum kawin lagi

Betul betul pemurah dia
Quote stingergrumpy 18-5-2023 03:02 PM
Yahoooooooooo

Tred bahan......

Parking dulu....

Kahkahkahkahkahkah

Sila sila masuk
Quote stingergrumpy 18-5-2023 03:04 PM
vanillaninja replied at 18-5-2023 02:58 PM
Rasanya ramai je tau Fazura ni memang pemurah.

Sila ambik satu tiket nombor bertuah at the recep.....utk cabutan akhir bulan ini...lots of prizes to be given away....
Quote dudaberhias 18-5-2023 03:05 PM
terima kasih kaka faz sebab sudi bantu dan kongsi rezeki sesama manusia... gittuhhh
Quote stingergrumpy 18-5-2023 03:05 PM
perrrghhhh replied at 18-5-2023 03:01 PM
Fazura ni pernah bagi tali pinggang Hermes kat sorang pekerja Mandarin Hotel, ini cerita lama dah. R ...

Dua tiket cabutan bertuah for you....good posting....
Quote stingergrumpy 18-5-2023 03:07 PM
dudaberhias replied at 18-5-2023 03:05 PM
terima kasih kaka faz sebab sudi bantu dan kongsi rezeki sesama manusia... gittuhhh

Satu tiket bertuah for you...posting yg walau agak cliche tapi unsur pembodekheunzzz tetap ada....tahniah....
Quote stingergrumpy 18-5-2023 03:08 PM
brunesss replied at 18-5-2023 02:57 PM
mudah2an sentiasa murah rezeki kaka faz agar di permudahkan membantu orang yang memerlukan.. muliany ...

2 tiket cabutan bertuah for you.....

Quote jalfa 18-5-2023 03:08 PM
Tred puji memuji sesama insan.....insafi lah diri seluruh alam...mari puji memuji
Quote stingergrumpy 18-5-2023 03:12 PM
Setiap posting yg ada unsur pembodekheunz lagi jilatanz akan diberikheun satu Hingham ke 5 cabutan bertuah bergantungan pada kualiti pembodekheunz posting tersebut...

Cabutan akan diadakheun akhir bulan depan dan bukan bulan ini(my bad).....lots of prizes to be given away.....hadiah pertama....bermalam bersama patah kejong secara exclusive.......



Kahkahkahkahkah
Quote brunesss 18-5-2023 03:15 PM
ada yang jubur panas hahahahah buat macam tak wujud je attention seekerz tu, ter makan juga dia umpan macam babi hutan
Quote stingergrumpy 18-5-2023 03:16 PM
jalfa replied at 18-5-2023 03:08 PM
Tred puji memuji sesama insan.....insafi lah diri seluruh alam...mari puji memuji

Ada unsur sarcasm.........sorry no tiket bertuah for you....try again
Quote stingergrumpy 18-5-2023 03:18 PM
brunesss replied at 18-5-2023 03:15 PM
ada yang jubur panas hahahahah buat macam tak wujud je attention seekerz tu, ter makan juga dia umpa ...

Nope...no way you are going to get tiket cabutan bertuah.....posting yg mencemar kesucian tred....please go away.....
Quote babelina 18-5-2023 03:29 PM
aku pn kn jadi mcm dia.. walau x kaya.. dpt senang kkn org or mudahkn org cikit..alhmdulillah..
Quote Manusiabesa 18-5-2023 03:35 PM
Mcm xda org lain dh nk puji..mcm org lain xpemurah
Quote Realpeople17 18-5-2023 03:37 PM
Sonic jd mc utk meet and greet mmg mnambahkn meriah. Bila ada kat event tu sndiri mmg tak heran la nape faz suka amik dia. Wonder camne dia bleh ada idea utk brckp non stop.
Quote lifeline 18-5-2023 03:41 PM
Realpeople17 replied at 18-5-2023 03:37 PM
Sonic jd mc utk meet and greet mmg mnambahkn meriah. Bila ada kat event tu sndiri mmg tak heran la n ...

mcm machine gun mulut diaaa hahahha senafas jeeeeeeeeeeeeeee
Quote kucingitam 18-5-2023 03:41 PM
suka dj sonic ni...ceria pagi aku kalau dgr dia membebel..takde rasa annoying..

Lihat semua komen(909)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.064583 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top