Datuk Aaron Aziz menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan ancaman haiwan berbisa seperti ular ketika berdepan musim panas. Di IG, pelakon ini berkongsi sebuah video menunjukkan seekor ular tedung sedang ‘berteduh’ di dalam kasut.
“Kepada sesiapa yang selalu letak kasut diluar (rumah) dan berdekatan dengan hutan, tolong berhati-hati. “Letak kasut dalam rumah. Musim panas haiwan berdarah sejuk akan cari tempat berteduh. Semoga Allah SWT lindungi kita daripada segala bahaya. Amin,” tulisnya.
Bagaimanapun kejadian tersebut bukan dialami olehnya tetapi berlaku di kawasan tempat tinggalnya. “Bukan berlaku ke atas saya. Tapi terjadi di kawasan tempat tinggal saya. Belakang rumah saya dulu hutan (sebelum dibangunkan). “Memang dah banyak kes rumah masuk ular. Tapi bukan rumah saya,” katanya.
Sekadar maklumat, Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran dalam Facebook miliknya memberitahu, peningkatan suhu panas ketika ini menyebabkan binatang seperti ular keluar untuk mencari tempat perlindungan di kawasan lembap. Antara tempat yang berisiko adalah di dalam tandas, bilik stor yang gelap, bilir tidur, almari baju dan di dalam rak kasut.
Ular yang bersaiz kecil pula lebih cenderung memilih kasut sebagai tempat berlindung. Sebelum ini, Aaron pernah mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen apabila berkongsi video dirinya meletakkan haiwan berbisa di atas sangkar kucing yang sebenarnya merupakan konten sebuah penerbitan produksi – CARI Sumber: Kosmo
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|