"KALAU orang tak puas hati atau mahu mengata biarlah, mulut orang kita tak boleh tutup.” Alia Izzaty Izham reda jika ada pihak tidak berpuas hati dengan video 'kontroversi' dia mencium suaminya yang sedang memakai baju Melayu, baru-baru ini.
Mulut orang tidak boleh ditutup, katanya. Video berdurasi 20 saat yang tular di media sosial itu memaparkan babak romantik pasangan yang sudah hampir setahun berkahwin itu semasa memakaikan baju Melayu buat suaminya Danial Asyraf Adnan. Menerusi video itu juga, terdapat netizen yang menganggap lelaki seusia dengannya yang bekerja sendiri itu merupakan orang kelainan upaya (OKU) sehingga dia berkecil hati dengan komen tersebut. Tampil menjelaskan perkara sebenar, Alia berkata video itu dirakam ketika mereka berdua sedang bersiap-siap untuk menghadiri kenduri kahwin sebelah keluarganya di Ipoh, Perak.
Bahagian awal rakaman menunjukkan lelaki itu sedang memakai seluar tanpa baju dan selepas lengkap berpakaian mereka bercium mesra sambil Alia juga kelihatan memeluk pinggangnya dari belakang. "Waktu itu seminggu selepas raya, sebenarnya saja suka-suka pakaikan baju Melayu untuk suami sebab mahu tunjuk GRWU (Get Ready With Us), apatah lagi kami baru sahaja menjalani kehidupan rumah tangga. "Video itu dikongsikan terlebih dahulu oleh suami di TikTok, iaitu sehari selepas kenduri. Kemudian baru saya buat perkara sama (kongsi) di Instagram dan kami pun tak tahu macam mana ia boleh tersebar sampai ke Facebook. "Memang saya tak sangka ramai orang akan tengok sebab di TikTok dan IG okay sahaja (komen), walaupun sudah lama dikongsikan, tetapi bila sampai ke FB terus viral," ujarnya ketika dihubungi mStar. Alia yang bekerja sebagai pencipta kandungan TikTok turut meluahkan rasa kesal kerana netizen melabelkan suaminya sebagai OKU, selain menganggap tuduhan itu secara tidak langsung menghina golongan berkenaan. "Bila terima tuduhan begitu, memang rasa sangat geram sedangkan suami saya adalah manusia normal. Seperkara lagi mereka seperti mahu mengata OKU, kasihan OKU walhal mereka tak buat salah apa-apa pun. "Bagaimanapun, saya dan suami okay sahaja dan terima apa yang dilemparkan netizen. Cuma bila kecam kata OKU rasa tak sedap dan seperti biadab," katanya yang sudah hampir setahun melayari bahtera perkahwinan. Ditanya penerimaan keluarga sejurus dikhabarkan video berkenaan tular, Alia yang menetap di Seri Kembangan, Selangor berkata ibu bapanya menasihati supaya memadam hantaran tersebut seterusnya mengambil sikap tidak endah terhadap komen negatif. Katanya, video itu sudah dipadam dan dia sendiri sudah membuat permohonan maaf secara terbuka. Dia juga akan lebih berhati-hati sekiranya mahu muat naik sesuatu hantaran di media sosial bagi mengelakkan perkara sama berulang. Sumber: mStar
|
dua_chzy replied at 18-5-2023 12:41 PM
Sendiri post, sendiri marah bila kena kecam. So what hina OKU? Akak pernah ja jumpa OKU perangai han ...
midori888 replied at 18-5-2023 05:03 AM
yes agreed, mmg ada OKU perangai hanat, patutlah Tuhan jadikan OKU....
dua_chzy replied at 18-5-2023 01:05 PM
Eh aiols pun ada terdetik ayat sebegini tau bila facing OKU2 hanat ni tapi rasa berdosa sangat. :' ...
ADVERTISEMENT