CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 2 Minggu Hilang Selepas Nahas Pesawat, 4 Kanak-Kanak Termasuk Bayi Ditemui Selamat Dalam Hutan

18-5-2023 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 489| Komen: 1

Bayi berusia 11 bulan antara empat kanak-kanak orang asli yang menjadi mangsa nahas pesawat di Amazon, Colombia.

Mangsa bersama tiga lagi yang lain berusia antara empat hingga 13 tahun ditemui selamat selepas hilang selama lebih dua minggu.



AFP

Semua kanak-kanak itu berada dalam pesawat, ketika perjalanan ke San Jose del Guaviare, iaitu salah satu bandar utama di hutan hujan Amazon Colombia.

Pesawat itu bagaimanapun terhempas di Amazon, sekali gus membunuh tiga penumpang lain dalam tragedi 1 Mei lalu.

Presiden Colombia, Presiden Gustavo Petro berkata, penemuan itu diisytiharkan sebagai suatu kegembiraan buat negara.

Melalui perkongsiannya di Twitter, Petro menyatakan kanak-kanak itu ditemui selepas pihak tentera melalui usaha pencarian yang sukar.

Dalam operasi pencarian itu, pihak berkuasa mengerahkan lebih 100 askar dengan anjing pengesan untuk mencari semua mangsa selepas mereka tidak dapat dikesan.


Malah, pencarian melalui 'Operasi Harapan' itu turut berdepan cabaran lebih sukar dengan adanya binatang liar dan pokok hutan setinggi 40 meter.

Pasukan penyelamat percaya semua mangsa terperangkap di dalam hutan di bahagian selatan Caqueta sejak nahas itu.


AFP

Bagi tujuan operasi, tiga helikopter digunakan untuk membantu, salah satu daripadanya mengeluarkan mesej yang dirakam daripada nenek mangsa yang meminta mereka supaya kekal di satu tempat, dalam bahasa Huitoto.

Menurut angkatan tentera semalam, usaha mencari dipergiatkan selepas penyelamat menemui tempat perlindungan yang dibuat daripada kayu dan dahan, sekali gus meyakinkan mereka bahawa masih ada mangsa terselamat.

Melalui foto yang dikongsi angkatan tentera, beberapa peralatan seperti gunting dan getah rambut turut ditemui di laluan dalam hutan itu.

Sebelum ini, botol minuman bayi dan sisa buah turut ditemui.

Mayat juruterbang dan dua lagi penumpang ditemui tentera pada Isnin dan Selasa lalu.

Salah seorang penumpang yang maut, Ranoque Mucutuy, adalah ibu kepada semua kanak-kanak itu, berasal dari etnik Huitoto.

Sehingga kini, pihak berkuasa belum menyatakan punca nahas pesawat itu.

Namun, menurut agensi tindak balas Colombia, juruterbang dikesan melaporkan masalah enjin hanya beberapa minit sebelum pesawat itu hilang daripada radar. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.027340 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top