CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Kerja Dulu Lepas Habis Belajar, Bunga Isme Mungkin Kahwin 3 Tahun Lagi

18-5-2023 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 378| Komen: 4

Bunga Isme menyifatkan tindakannya mendedahkan kepada umum pertunangannya dengan kekasih yang juga penyanyi, Amzar Sabri sebagai cara menghormati pasangannya itu.

Justeru, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari, 23, berkata, tiada keperluan untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum.



IG

“Kita kena kongsi perkara yang baik supaya ramai tahu saya sudah menjadi tunangan orang, sedang menjalinkan hubungan yang serius.

“Pendedahan ini juga menjadi peringatan buat diri sendiri agar jaga prilaku sebagai tunang orang,” katanya ketika ditemui sempena pelancaran Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini.

Kedua-dua penyanyi itu mengikat pertunangan selepas empat tahun bercinta.

Disoal tentang rancangan untuk berkahwin, jelas Bunga dia dan pasangannya itu belum memutuskan sebarang tarikh untuk itu.

Katanya, dia memerlukan masa untuk membina kerjaya dan menetapkan hala tuju kehidupan sebelum mengakhiri zaman bujang.


IG

“Saya juga masih lagi belajar. Selepas tamat pengajian, mahu kerja dahulu.

“Mungkin selepas tiga tahun (akan berkahwin), Insya-Allah. Itu adalah masa yang sangat sesuai memandang saya pada ketika itu sudah berusia 26 tahun,” katanya lagi.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 18-5-2023 12:18 PM
elok lah teruskan belajar je dan keje biasa dari keje bidang nyanyian...

rap pun macam gampunk dik...

baik jadi ikon muslimah je lah...

Quote Lavender_Violet 18-5-2023 12:21 PM
Lama sangat bertunang tu dek....
Tak elok...
Silap2 putus...dugaaan bertunang ni lain maciammmm
Quote bottompro 18-5-2023 12:23 PM
senyap la bungaistaik.

suara tak sedap. aura pon tak dak.

ko nk behenti ke, nak sambung ke, tu ko punya pasal.
Quote awenda507 19-5-2023 03:03 PM
lama betul kau bertunang dek. harap bertabah la dengan ujian2 mendatang.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.143588 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top