CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Tahun Ni Allah Dah Bagi Petunjuk Dengan Tsunami & Tanah Runtuh, Tak Takut Ke Pergi Konsert Coldplay? - Dusuki

18-5-2023 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2050| Komen: 71

Selaras desakan dibuat partinya, bekas timbalan ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata, pelbagai bencana yang berlaku merupakan peringatan daripada Allah.

Dia yang pernah menjadi calon PAS dalam PRU ke-14 pada 2018 berkata, kejadian seperti tsunami, banjir, Covid-19 dan tanah runtuh merupakan 'petunjuk' Tuhan, justeru sepatutnya menginsafkan orang Islam.



IG

Mengiringi komennya dengan tangkap layar laporan berita hiburan, Ahmad Dusuki mengaitkan bencana yang disebutnya itu dengan konsert Coldplay yang bakal berlangsung pada Nov nanti.

Dia kemudian mengajak orang ramai "membantu orang yang tidak bersalah" dengan menolak "program laknat" tersebut.



Terdahulu Ahmad Dusuki menyindir kerajaan ekoran prestasi buruk kontinjen negara di Kemboja dalam temasya dwitahunan berkenaan.

Bahkan dia turut mengaitkan prestasi atlet negara dengan kedatangan pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tidak lama lagi, termasuk di Selangor.



Coldplay merupakan kumpulan rock British yang dijadual mengadakan persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Nov ini.

Di sebalik harga tiket yang dianggap tinggi, media melaporkan, semua tiket habis terjual dalam tempoh hanya tiga jam selepas ia dibuka pagi tadi.

Untuk rekod penganjuran konsert bukanlah sesuatu yang asing di negara ini. Ia turut pernah berlangsung ketika PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan pusat antara 2020 sehingga Nov 2022.

Antara artis antarabangsa yang pernah mengadakan konsert dalam tempoh itu ialah Billie Eilish, Boys Like Girls, dan Dewa19.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 18-5-2023 11:25 AM
Tanah runtuh dan tsunami tu semata sebab konsert artis luar negara ke?..tu konsert artis local apa beza...tu pemimpin2 yg salah laku tu cane..tu ularmak2 yg x betul tu cane ....

Mengong
Quote prettyuglybabe 18-5-2023 11:29 AM
kelantan tiap tahun banjir tu kena laknat apa?
Quote cmf_almondpecan 18-5-2023 11:31 AM
Entah2 tanah runtuh tsunami semua tu sebab orang yang berpelajaran agama putar belit ikut suka dia
Quote pekanwoohoo 18-5-2023 11:43 AM
prettyuglybabe replied at 18-5-2023 11:29 AM
kelantan tiap tahun banjir tu kena laknat apa?

Kalau kena geng dia, itu semua ujian untuk hamba-hambanya yang soleh.
Kalau kena geng orang lain, itu semua bala dan malapetaka dari Tuhan.

Sial kan diorang ni?
Quote krustykrab 18-5-2023 11:50 AM
prettyuglybabe replied at 18-5-2023 11:29 AM
kelantan tiap tahun banjir tu kena laknat apa?

Itu ujian bg org² beriman  katanya
Quote Suchi 18-5-2023 11:54 AM
Tsunami kat mana ye? Malaysia ke?

Btw kat indon sana ada tak lobai2 dorang bising gini?
Nampak mcm depa eksaited je nak pi konsert.

Quote Cyempaka 18-5-2023 12:04 PM
Ustad.. Xpayah tunggu coldplay lah kalau Allah nk bg bala. Org msia sendiri pun huru hara. Ustad bukak je tiktok.. Tgk betina2 kat situ.. Ada ustad tegur tak? Capup2 pusyed pun dia berani tegur kak km walopun kena maki lepas tu
Ustad berani tunggu dpn kelab malam tak? Tegur org islam kat situ..bg tau derang xtakut bala ke..
Geng2 ustad ni suka dakwah benda viral je
Quote lurve82 18-5-2023 12:06 PM
sibuk je la...xfaham aku..ulama ni selective betul...ingat konsert retis Malaysia bagus sgt agaknye...kalau dia blh ikut guidelines ok je la...
Quote Lily_Elizabeth_ 18-5-2023 12:06 PM
Wife dia muda banyak. Sakan. Haha.
Quote LadyCarefree 18-5-2023 12:08 PM
Oooo bukan sbb si yibbit lewd? bukan sbb pencetus pedo amin? bukan sbb PM kita seorang peliwat? bukan sbb ramai menipu menunggang ugama?
Quote Suchi 18-5-2023 12:09 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 18-5-2023 12:06 PM
Wife dia muda banyak. Sakan. Haha.

Berapa org wife dia? Satu je ke?
Dia ni kuat mencapub dan selalu gaduh ngn netizen.

Suka menyindir dan semua menda dikaitkan ngn politik.
Masa dia menang dia puji mahkamah dunia, bila dia kalah saman fitnah dia sindir2 mahkamah dunia.
Tak minat ahh org camni, nih la masalah bila ahli politik dlm masa sama  jd pnceramah agama maka semua menda tu akn dikaitkan ngn politik. Tak neutral, bias dan berat sebelah.
Quote Skuau 18-5-2023 12:10 PM
Cyempaka replied at 18-5-2023 12:04 PM
Ustad.. Xpayah tunggu coldplay lah kalau Allah nk bg bala. Org msia sendiri pun huru hara. Ustad buk ...

jugok...pi ke pusat urut/spa..tgk..pompuan,lelaki isle samada di kongkxx atau mengkongkxx....
Quote tripleid 18-5-2023 12:23 PM
Msia kena bala bukan sbb konsert la mengongg..tapi sbb geng lobais mcm ko tu yg kuat sangat menonggang agama


Quote aciksenah 18-5-2023 12:25 PM
cmf_almondpecan replied at 18-5-2023 11:31 AM
Entah2 tanah runtuh tsunami semua tu sebab orang yang berpelajaran agama putar belit ikut suka dia

Dia macam ni, kalau kena kat dia...itu ujian dari tuhan sebab tuhan sayang. Kalau kena kat orang lain...Tuhan laknat..
Quote plywood 18-5-2023 12:27 PM
ini statement kedua dia kah untuk menghalang konsert permainansejuk...
Quote alesandra 18-5-2023 12:28 PM
yelahhhh ostad.... yg mengundi prn nanti diorg undi pn sbb mengenangkan  sbb btapa fucked upnyaaaaa prestasi kontingen negara.semua salah dapig ahso hannah yeoh
Quote bakingsoda 18-5-2023 12:37 PM
prettyuglybabe replied at 18-5-2023 11:29 AM
kelantan tiap tahun banjir tu kena laknat apa?

azab gelombang haba jgn lupa itu tandanya kita perlu tolak penunggang agama!!
Quote MissVixen 18-5-2023 12:41 PM
Menyampah betul aku dengan ustaz macam ni. Bila benda buruk berlaku pada geng dia, ujian untuk orang yang sabar. Bila kena orang lain, sedap2 je cakap azab dan balasan Allah.
Kau sape? Nabi ke? Malaikat ke? Senang2 nak jatuh hukum. Pas ni zaman dulu lagi la teruk. Hadi weng s cop bukan pengundi pas masuk neraka. Lepas tu sampai sekarang nak guna dua masjid dalam kawasan berdekatan. Nak masjid pas tu pengundi dia je pakai. Apa punya mentaliti la macam ni.
Quote MissVixen 18-5-2023 12:43 PM
alesandra replied at 18-5-2023 12:28 PM
yelahhhh ostad.... yg mengundi prn nanti diorg undi pn sbb mengenangkan  sbb btapa fucked upnyaaaaa  ...

Bila dah menang, satu apa fungsi pun takde. Takat pergi kedai kopi salam2 dengan orang. Buat kerja pun malas.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.406326 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top