CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

18 Kanak-Kanak Parah, Ada Yang Kena Potong Anggota Badan Lepas Bas Sekolah Terbalik Dilanggar Trak

18-5-2023 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 494| Komen: 2

Sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah trauma selepas terbabit kemalangan bas di Melbourne, Australia.

Bas yang membawa 45 pelajar itu dilanggar sebuah trak dari belakang lalu berpusing sebelum terbalik.




Kira-kira 18 kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun dikejarkan ke hospital, untuk prosedur pembedahan kecemasan manakala seorang pelajar masih dirawat di unit rawatan rapi.

Berikutan kejadian, pemandu lori didakwa memandu secara berbahaya menyebabkan kecederaan parah.

Australia mempunyai rekod keselamatan jalan raya di bawah purata berbanding dengan ekonomi maju yang lain. Ia menduduki tempat ke-20 daripada 36 negara OECD untuk kematian jalan raya.

Polis berkata, insiden itu berlaku kira-kira 900 meter dari  Sekolah Rendah Exford, di pinggir barat Melbourne.

Kanak-kanak terperangkap di dalam bas sebelum orang ramai termasuk pemandu trak dan guru-guru mereka bergegas ke tempat kejadian untuk membantu anggota kecemasan mengeluarkan mereka.


Pakar bedah bekerja hingga awal pagi untuk merawat kanak-kanak yang cedera parah.

Kecederaan mereka termasuk patah anggota badan sehingga terpaksa dipotong serta kecederaan kepala, kecederaan tulang belakang dan luka serius.

Tujuh kanak-kanak dirawat di hospital dalam keadaan serius, termasuk seorang di unit rawatan rapi, kata Hospital Kanak-Kanak Diraja.

Pemandu bas berusia 52 tahun itu turut dibawa ke hospital dengan kecederaan yang tidak meragut nyawa. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 18-5-2023 11:19 AM
Semoga pemandu trak babi tu pulak dipotong2 anggota dia. Buat mcm cerita Hostel, kurung dia dlm bilik, lepas tu gilir2 Doctor pegi potong anggota dia.
Biar dia rasa

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.106425 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top