Warga Twitter mengkritik seorang ibu kerana-seolah-olah tidak risau selepas anaknya tertinggal di sebuah stesen minyak. Difahamkan, insiden tular itu dirakam petugas di stesen minyak berkenaan.
Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu dilihat sedang menghubungi ibunya menerusi telefon bimbit yang dipinjamkan oleh petugas berkenaan. Namun, si ibu dilihat tidak menzahirkan rasa risau apabila mendapat tahu bahawa anaknya tertinggal di stesen minyak.
Twitter @bckupacc99 Sebaliknya, kanak-kanak lelaki itu dimarah oleh ibunya dan diminta untuk tunggu sehingga si ibu berpatah balik untuk menjemputnya. Meninjau ruangan komen, ramai yang berasa hairan kenapa si ibu itu tidak sedar bahawa anaknya tiada dalam kereta. Sumber: Gempak
|
she replied at 18-5-2023 01:27 PM
Entah2 mak dia memang sengaja nak tinggalkan
ADVERTISEMENT