Seorang ibu muda berusia 18 tahun ketakutan dan trauma selepas dirogol oleh abang angkat suaminya sendiri. Medius News.com melaporkan, wanita itu bersama suami dan anak mereka berhijrah dari Aceh ke Jakarta, Indonesia untuk mencari rezeki yang lebih baik dan mereka tinggal di sebuah rumah tumpangan di Pademangan, Jakarta Utara.
Difahamkan kejadian rogol kali pertama berlaku pada 20 Februari 2023, iaitu semasa suspek mengunjungi rumah tumpangan mangsa. Suspek menyuruh suami mangsa keluar membeli pewangi rumah dan ketika itulah mangsa dirogol di hadapan bayinya yang berusia lapan bulan. Mangsa yang berada dalam ketakutan itu diancam dan risau jika suspek memukul anaknya membuatkan dia terpaksa berdiam diri dari memberitahu suaminya. Suspek yang berusia 32 tahun itu merupakan abang angkat mangsa yang telah dikenalinya sejak lapan tahun lalu.
Pada 3 Mac lalu, wanita itu dirogol sekali lagi semasa bekalan elektrik rumah mangsa terputus. Dalam keadaan terpaksa mangsa meminta bantuan suspek kerana anaknya kepanasan. Suspek menyuruh suami mangsa mencari rumah tumpangan sementara untuk mereka berehat. Malangnya, itu hanyalah helah suspek supaya dia dapat melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa. Tidak tahan dengan perbuatan suspek, mangsa kemudian mengadu kepada suaminya dan akhirnya suspek mengakui perbuatan kejinya. Susulan itu, suami mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Pademangan. -CARI |
epullipan replied at 19-5-2023 03:40 AM
mesti lawa bini nya tu kalau tak takkan nak dirogol
limesherbet replied at 1-11-2024 10:01 AM
Mane satu ni. Atas kate abg angkat husband. Middle kate abg angkat mangsa
ADVERTISEMENT