CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rozie Othman Tak Senang Tengok Sasya Dolla Terlampau Seksi, Pakai Baju Menjolok Mata

18-5-2023 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3816| Komen: 26

Syasya Dolla berlapang dada dengan teguran neneknya yang juga pelakon veteran Rozie Othman berhubung penampilannya yang dikatakan terlampau seksi dan menjolok mata.

Walaupun selesa menjadi diri sendiri dalam soal pemakaian namun dia berjanji akan memperbaiki diri ke arah lebih baik pada masa hadapan.


Foto: IG

"Bagi saya apa yang nenek saya kata itu ada yang betul tapi generasi sekarang ada gaya tersendiri.

"Zaman dahulu dengan sekarang banyak beza, Insya Allah apa yang ditegur saya akan perbaiki.

"Tapi saya pun nak bawa imej dan jadi diri saya sendiri, tak mahu berpura-pura menjadi orang lain," katanya kepada mStar.



Syasya memberitahu Rozie ada menghubunginya untuk memberi nasihat dan sebagai cucu dia memahami niat baik aktres itu yang bimbang akan keadaannya.

Jelasnya, dia dan neneknya memang sangat akrab malah pertemuan pada hari raya lalu juga mesra seperti kebiasaan.



"Dia hubungi saya berpesan agar menjaga diri tapi apa dikatakan memang betul malah nasihatnya saya selalu dengar.

"Saya tahu niatnya baik menegur apatah lagi saya cucunya. Memang sifatnya suka mengambil berat. Kami okay sahaja malah sebenarnya hubungan kami memang akrab.



"Raya tempoh hari pun kami ada bertemu... dia seorang nenek yang cool. Dia dulu pelakon jadi dia faham situasi seni ini macam mana," ujarnya.



Sementara itu, Syasya berkata, dia tidak pernah berasa terbeban apabila sering diasak mengenai penampilannya yang dikatakan seksi.

Kata Syasya, setiap orang berhak menyuarakan pendapat masing-masing berhubung perkara itu malah tiada kuasa menghentikannya.


"Sebenarnya saya tak rimas, sebab itu imej saya jadi saya ada hak untuk berkata juga. Saya okay.

"Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang cara berpakaian, kalau ada yang rasa saya terlampau seksi, Insya Allah saya akan kurang-kurangkan.


"Saya akan sentiasa berhati-hati dalam pilihan saya dan fikir terlebih dahulu," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 18-5-2023 10:08 AM
nak jadi diri sendiri... bahahahaha
yela dik....
Quote I.K.A888990 18-5-2023 10:14 AM
mcm dah pernah baca sebelum ni
geli aku tgk budak ni
Quote ketupatnasi 18-5-2023 10:42 AM
nenek kau berlakon ok dek. dulu muda pun nenek seksi juga spt nana norliah tu tapi tade kontroversi seingat acik. tade gaduh2 dgn retis ke peminat ke pengarah ke. dah tua pun tade la merempan sentap dgn pelakon bbnu ke bayaran rendah ke... layak la dibilang nenek yang cool
Quote prettyuglybabe 18-5-2023 10:53 AM
biasanya macam tu la..
bila rupa kurang plus berkerak, memang kena show skin..
kalau tak orang tak notice dia wujud..
Quote Lily_Elizabeth_ 18-5-2023 11:42 AM
Opah dia ni sama gak masa muder seksi tak hingat. Tapi opah dia masa muder tak lawa. Cucus dia ni lawa. Muka mixed. So dimaafkan sebab lawa. Haha.
Quote jalfa 18-5-2023 11:54 AM
Ya la nek.pasah sandah pinjam telor nak masak megi dah ganti ke mb belum.
Quote hanihan16 18-5-2023 12:07 PM
i tak boleh faham orang kalau ditanya tanya reason seksi adalah kerana nak menjadi diri sendiri, tak nak hipokrit.
Quote matbad 18-5-2023 03:12 PM
mcm ni dok buat bala bkn Coldplay hahahaha
Quote honeybee1802 18-5-2023 03:24 PM
Blackpink wannabe sgt ko deknon...
Quote apedehal 18-5-2023 03:29 PM
Tryhard naw nk jd lisa bp..sedehhh
Quote umbut 18-5-2023 03:36 PM
Nenek mudo2 dulu pun seksi jugak. Biarler nek.
Quote tokchik 18-5-2023 05:50 PM
Lain muka so nenek hmpir tk cam aku..

Ada yg berubah
Quote lolipopmanish 18-5-2023 05:52 PM
Nape setiap gambar yg sheol post tu mesti ade posing mulut gelembung
Ko tertelan ikan buntal ke dek
Quote dudaberhias 18-5-2023 05:52 PM
tak senang tengok sebab sedari cucu tak herlok la tu... rhoper2 tara anak kak km, anak lan solo jah... cuba kalau herlok macam peah baqarah tu... mesti acik suruh seksi lagi kan  untuk tangkap vvip... sekaligus boleh la tumpang senang...

ni dah la rhoperrr macam adik beradik naza clan, anak kak km, anak lan solo... baik bertudung je terus nok...

Quote rosedemon 19-5-2023 08:34 AM
geli la pmpuan cmni. cam dpt byg ko g keluar elok mekap dlm bilik sepah bau kepam. muka ko cmtu dek
Quote adizero11 19-5-2023 09:11 AM
asal aku tgok masing2 cuba nk jadi BP?? Angel pun lebih kurang Jennie make up dia..bedah ni plak make up ala2 nk jd Lisa..yekkkk geli siaaa.
Quote yondu 19-5-2023 09:31 AM
taik lalat atas mulut dia menyerlahkan lagi kedesaan nan hauk dia
Quote myakayina 19-5-2023 10:38 AM
lisa bp wannabe ke dia ni?
Quote dekmieDandy 19-5-2023 03:32 PM
nenek dia boleh stop dah kot cerita kat wartawan benda ni

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 3.043705 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top