CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengeluaran Tambahan Akan Burukkan Keadaan, Kekalkan Simpanan KWSP Agar Selesa Selepas Bersara

18-5-2023 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1661| Komen: 39

Simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan benteng terakhir pekerja selepas persaraan mereka, namun ada sesetengah melihatnya sebagai talian hayat yang berfungsi sebagai simpanan tunai kecemasan untuk digunakan dalam menangani kos sara hidup semasa.


Bagaimanapun, sebarang pengeluaran tambahan baharu KWSP sama ada secara bersasar atau terbuka hanya akan memburukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan yang kini berada dalam tahap amat membimbangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, isu ketidakcukupan simpanan KWSP perlu diberi perhatian yang serius ketika negara kini sedang menghadapi fenomena penuaan penduduk yang pantas.


Foto: mStar

Sehubungan itu, menerusi Belanjawan 2023, beliau berkata, kerajaan sedang mencari jalan yang lebih sesuai bagi mengurangkan beban rakyat tanpa mengeluarkan simpanan KWSP.

Jelas beliau, empat kemudahan pengeluaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini telah memberikan implikasi jangka panjang iaitu pengurangan jumlah simpanan persaraan yang ketara dalam kalangan ahli-ahli yang terlibat.

“Sehingga 31 Disember 2022, seramai 6.7 juta ahli atau 51 peratus daripada keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun hanya mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka selepas pengeluaran berkenaan.

Seramai 8.1 juta ahli memohon sekurang-kurangnya satu daripada empat pengeluaran berkaitan Covid-19 mengalami penyusutan dalam jumlah simpanan mereka.

“Amaun ini menyebabkan ahli memperoleh pendapatan persaraan kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun yang bersamaan dengan RM1.40 sehari,” katanya.

Menurut Anwar lagi, keempat-empat pengeluaran khas itu juga menyebabkan penurunan yang ketara dalam peratusan ahli aktif yang mencapai Simpanan Asas (RM240,000 pada usia 55 tahun) daripada 36 peratus pada 2020 kepada 29 peratus pada akhir 2022.

Seramai 8.1 juta ahli atau 61 peratus ahli KWSP di bawah usia 55 tahun memohon sekurang-kurangnya satu daripada empat jenis pengeluaran berkaitan Covid-19 yang menyebabkan penyusutan dalam jumlah simpanan mereka.

Antara 8.1 juta ahli yang membuat pengeluaran khas berkaitan Covid-19, 0.3 juta ahli atau bersamaan 4 peratus telah mencapai umur 55 tahun dan ke atas setakat Januari 2023, yang mempunyai akses kepada semua simpanan KWSP mereka.

Oleh sebab itulah, pelaksanaan inisiatif i-Citra merupakan keputusan yang sukar kerana KWSP diberi mandat untuk membantu ahli menguruskan wang persaraan mereka.

i-Citra di bawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), membolehkan semua ahli di bawah usia 55 tahun layak memohon dan membolehkan mereka mengeluarkan maksimum sehingga RM5,000.

4.6 juta ahli mula membina semula simpanan KWSP mereka dengan pertumbuhan simpanan bersih berjumlah RM26.1 bilion yang dicatatkan dalam tempoh lapan bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, bagaimanapun keputusan berkenaan perlu dibuat memandangkan negara berdepan keadaan sukar berikutan pandemik Covid-19.

"Kami faham pandemik Covid-19 mendatangkan dugaan luar biasa, dan kami cuba mencari jalan untuk memberi ruang buat ahli untuk mengakses dana simpanan mereka," katanya.

Menurut beliau, walaupun dengan pelaksanaan inisiatif i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini yang membabitkan pengeluaran sebanyak RM80 bilion, ia tidak menjejaskan kecairan KWSP.

"Kita boleh uruskan sekiranya ia mengikut apa yang dirancang dan kami boleh melihat portfolio. Kami juga boleh menyesuaikan diri mengikut keadaan.

"Yang paling utama adalah kita tidak kehilangan mandat kerana pada akhirnya kita perlu ingat bahawa kita perlu mengambil kira isu persaraan negara.

"Jika kita membiarkan dana simpanan ahli digunakan sampai habis, maka akan menjadi masalah yang tidak boleh diuruskan," katanya.

Amir turut menjelaskan, pihaknya sentiasa berusaha untuk mencari keseimbangan antara membantu ahli KWSP dan pada masa yang sama memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan.

KWSP sentiasa berusaha untuk mencari keseimbangan antara membantu ahli KWSP dan memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk persaraan.

Daripada baki 7.8 juta ahli yang membuat pengeluaran khas dan berumur di bawah usia 55 tahun sehingga Januari 2023, seramai 4.6 juta (59 peratus) mula membina semula simpanan KWSP mereka dengan pertumbuhan simpanan bersih berjumlah RM26.1 bilion yang dicatatkan dalam tempoh lapan bulan selepas kemudahan pengeluaran khas terakhir pada Mei 2022.

Manakala seramai 3.1 juta atau 39 peratus ahli yang membuat pengeluaran khas dan berumur di bawah usia 55 tahun setakat Januari 2023 belum mula membina semula simpanan mereka.

Tahap simpanan mereka kekal di paras sangat rendah, dengan purata simpanan sebanyak RM890.

Sementara itu, penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, dengan jangka hayat penduduk yang semakin meningkat, simpanan selepas persaraan sangat penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesara.

"Kemudahan pengeluaran sebelum ini sudah banyak memberi implikasi kepada simpanan hari tua pekerja.

"Jika seorang pesara memerlukan minimum RM1,500 sebulan untuk perbelanjaan kelangsungan hidup dan beliau memerlukannya untuk tempoh 10 tahun selepas bersara.

"Ini bermakna beliau memerlukan RM180,000 untuk menampung hidup selama 10 tahun. Cukupkah simpanan ini?" menurutnya apabila dipetik untuk berkata.

Justeru, caruman KWSP amat penting untuk kelangsungan hidup selepas persaraan, apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu serta kos sara hidup yang semakin meningkat.

Benar, wang simpanan KWSP ialah milik individu tetapi harus diingatkan bahawa caruman itu mampu digunakan untuk kehidupan selepas bersara nanti.

Ini kerana masyarakat memerlukan sumber kewangan yang lebih kukuh kerana ketika itu nanti tidak lagi mendapat bayaran gaji.

Kesimpulannya, ingatlah hari ini demi keselesaan hari tua dengan membuat caruman KWSP dan mengekalkan simpanan anda di sini.

Jadilah pencarum yang bijak dengan memikirkan masa depan yang lebih baik, bukan sahaja untuk diri anda sendiri bahkan buat keluarga yang bakal anda tinggalkan kelak.

Untuk maklumat lanjut mengenai KWSP, orang ramai boleh merujuk laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 18-5-2023 09:47 AM
Keluar skang ke keluar pas pencen ke klu x pandai manage duit tu sama je...
Quote tipah89 18-5-2023 11:25 AM
shida81 replied at 18-5-2023 09:47 AM
Keluar skang ke keluar pas pencen ke klu x pandai manage duit tu sama je...

kann.paling haru xdpt merasa duit sendiri..

Quote babelina 18-5-2023 02:10 PM
tingat pakcik aku.. kuar duit epf ank pinjam konon2 nk beniaga.. dia dh bhajat la nk wat umah.. ank x byr2 sampai dia meninggal.. meninggal pula mata tbuka.. pastu dorg soksek ckp hajat nk umah x dpt..
Quote rosedemon 19-5-2023 08:19 AM
ulang2 cakap pon org mlysia kalau dah tdesak duit bukan dia kesah sal tua ke apooo
Quote KucaiHijau 19-5-2023 08:34 AM
Kesian dgn yg terdesak....kdg bg formula apapun x berkesan sbb gaji die mmg sikit. Cuma bg yg x terkesan lg, org2 muda.....kene beringatlah.....jgn buat loan yg x mampu dibayar. Kalau rasa xleh byr rumah.....menyewa jelah. Kalau rasa x mampu pakai kete baru....stay jelah kete lama. Bdk2 muda skrg pun ramai x pandai financial management.....loan iphone sampai 3 tahun. Baju raya nak drpd premium brand. Belajar lah makan nasi & lauk terung je.
Quote KucaiHijau 19-5-2023 08:35 AM
babelina replied at 18-5-2023 02:10 PM
tingat pakcik aku.. kuar duit epf ank pinjam konon2 nk beniaga.. dia dh bhajat la nk wat umah.. ank  ...

Kalau start bisnes dgn soft money....mmg slalunye x menjadi. Lps 12-24 bulan....melingkup.
Dah tu mmg x de rasa bertanggungjwb nak bayar.
Quote midori888 19-5-2023 08:43 AM
babelina replied at 18-5-2023 02:10 PM
tingat pakcik aku.. kuar duit epf ank pinjam konon2 nk beniaga.. dia dh bhajat la nk wat umah.. ank  ...

Kesian pakcik cuols....sampai hati anak2 buat dia mcm tu ...
Quote zehra2 19-5-2023 09:37 AM
babelina replied at 18-5-2023 02:10 PM
tingat pakcik aku.. kuar duit epf ank pinjam konon2 nk beniaga.. dia dh bhajat la nk wat umah.. ank  ...

pakcik aku pulak, ex menantu anak sulung minta faraidkan epf pakcik tu.. nak bahagian anak2 dia yakni cucu pakcik aku.
gila ke apa... pakcik aku belum mati pun .. nak faraidkan kenapa

umur muda lagi dalam 30an.. pi la buat kerja.. jual lah kuih ke.... asyik nak menarah duit orang tua.

Quote bitterchoc 19-5-2023 10:00 AM
zehra2 replied at 18-5-2023 08:37 PM
pakcik aku pulak, ex menantu anak sulung minta faraidkan epf pakcik tu.. nak bahagian anak2 dia ya ...



Sheols maksudkan hibah agaknya. Maksudnya semasa pakcik masih hidup, dah nyatakan yang duit tu dapat kat so and so. Duit org sheols pulak nak control eh.
Quote B40tastePosh 19-5-2023 10:09 AM
zehra2 replied at 19-5-2023 09:37 AM
pakcik aku pulak, ex menantu anak sulung minta faraidkan epf pakcik tu.. nak bahagian anak2 dia ya ...

Melayu ramai pemalas, perangai gamp*ng bab cari duit memang Melayu bod*h sangat
Quote myakayina 19-5-2023 10:10 AM
yg betul2 terdesak dah tak pikir dah semua tu..yg nak guna skrg ni je dorg pikir..
Quote midori888 19-5-2023 10:13 AM
zehra2 replied at 19-5-2023 09:37 AM
pakcik aku pulak, ex menantu anak sulung minta faraidkan epf pakcik tu.. nak bahagian anak2 dia ya ...

amboi...tamak harga pak mentua...kalu bapa dia sendiri takper jugak...sib baik dah jadi ex menantu yer...
Quote midori888 19-5-2023 10:15 AM
bitterchoc replied at 19-5-2023 10:00 AM
Sheols maksudkan hibah agaknya. Maksudnya semasa pakcik masih hidup, dah nyatakan yang duit tu d ...



kalu laki dia bole lah nak hibah, nie bapa mentua kot....
Quote aciksenah 19-5-2023 10:16 AM
babelina replied at 18-5-2023 02:10 PM
tingat pakcik aku.. kuar duit epf ank pinjam konon2 nk beniaga.. dia dh bhajat la nk wat umah.. ank  ...

Cukup tak suka kalau anak2 jenis ambik kesempatan macam ni. Kena ingat, duit tu la buat ayah/mak yang pencen untuk teruskan kehidupan. Tak payah la dok kacau duit diorang.

Iols ada sorang mak cik, lps pencen, anak mintak duit untuk bayar deposit rumah. Lps tu guna duit untuk anak2 kawin. Time raya sibuk nak semua serbi baru. Tk sampai 3 tahun, licin habis duit. Lps tu terpaksa bergantung dengan anak2 pulak. Masalahnya anak yang dia bagi duit deposit tu mcm2 masalah dok buat. Suka pinjam duit orang..hutang keliling pinggang. Duit bulanan kakak bagi dekat mak dia, dia pg pow pulak. Kesian pulak..


Quote msdummy.2018 19-5-2023 10:16 AM
Kelakau...ingtkan dia akan do somethinglah on kenaikan kos..last2 bg juga org kuar epf lagi..apa beza ko dgn abah n pak mael tuh? Mcm samerk jer ..kononnn..minyak trun...trun ker minyak?selesa tak kehidupn msing2?
Quote zehra2 19-5-2023 10:19 AM
bitterchoc replied at 19-5-2023 10:00 AM
Sheols maksudkan hibah agaknya. Maksudnya semasa pakcik masih hidup, dah nyatakan yang duit tu d ...

nak hibahkan epf. tak yah la. tu duit hasil titik peluh pakcik bekerja bertahun2.. ni  dah tk kerja. masih hidup lah.. nak tanggung diri sendiri.. kot umur panjang sampai 90 tahun.
lagi pun cucu2 tu ada bapak nya bg nafkah. kenapa nak tenggek duit atok.. menantu tu pun dah kawin lain.
sampai begitu sekali hadap duit org tua berkepuk.. agak nya berangan2 lah kot tunggu epf  tu


Quote bitterchoc 19-5-2023 10:22 AM
midori888 replied at 18-5-2023 09:15 PM
kalu laki dia bole lah nak hibah, nie bapa mentua kot....


Bab duit simpanan tua2 ni takleh main2. Bagi sini bagi sana, lama2 bila dah sendiri susah, siapa nak tolong. Semua lari. Terkebil2 sorang.
Quote bulalof 19-5-2023 10:38 AM
kasi keluarlah...
Quote midori888 19-5-2023 11:24 AM
bitterchoc replied at 19-5-2023 10:22 AM
Bab duit simpanan tua2 ni takleh main2. Bagi sini bagi sana, lama2 bila dah sendiri susah, siapa  ...



betul tu...kalu nak bagi pun biar berpada2...

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.051890 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top