Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Nadzri Zainal Abidin sememangnya dikenali sebagai seoarang yang sentiasa merendah diri walaupun dia seorang yang berharta. Selain menjadi pelawak terkenal yang sentiasa ditunggu-tunggu kemunculannya dalam rancangan komedi paling digemari ramai iaitu Sepahtu Reunion, kini Jep juga merupakan penyampai radio Sinar FM, bersama rakannya Rahim, Angah Raja Lawak dan juga Siti Elizad. Mereka berempat mengendalikan segmen di waktu pagi di siaran radio Sinar FM dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi. Semalam, rakannya di konti iaitu Angah Raja Lawak telah muatnaik satu video yang telah menjadi perhatian ramai. Angah berkongsi rakaman memaparkan Jep Sepahtu sedang memandu keretanya keluar dari kawasan parkir. Apa yang menarik perhatian adalah kereta yang dipandu oleh Jep itu merupakan sebuah kereta mewah berjenama Bentley.
Agak-agak korang berapa harga Bently yang dipandu oleh Jep itu? “Nasib baik tak serempak dengan CEO, baru nak buat pinjaman”, tulis Angah. Meninjau ruangan komen, netizen memuji sikap rendah diri Jep sejak dari dulu lagi. Jep mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sari Yanti pada 2017 dan pasangan itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Inara, Khidir dan juga Abu Bakar. Sari Yanti juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu. - CARI |
MilanAdelynn replied at 18-5-2023 09:08 AM
Over nau. Terpaling humble terpaling jaga hati bini muka pelam siam dia tu. Boring. Next!!!!
zuriey replied at 18-5-2023 09:51 AM
Kereta mahal mampo
Bibik takkan tak mampo nak sediakan utk bini tu
SpyLeman replied at 18-5-2023 09:55 AM
Dia takde bibik ke? Mustahilll... Anak halus2 lagi kott...mesti ada kot
puanserama replied at 18-5-2023 09:35 AM
bini anak dato kan?
iraizz replied at 18-5-2023 10:00 AM
Katanya takde, semua si sari buat... Rumh kemas betul...
MilanAdelynn replied at 18-5-2023 09:08 AM
Over nau. Terpaling humble terpaling jaga hati bini muka pelam siam dia tu. Boring. Next!!!!
NazRysha replied at 18-5-2023 09:27 AM
hahahah kan
muka botoxxx bininya
panjang kemain
ADVERTISEMENT