Irfan Haris sertai syarikat rakaman EMI Music Malaysia (EMI) sebab nak cuba benda dan persekitaran baharu. Keputusan tersebut bukan disebabkan syarikat label terdahulu tidak memberi layanan yang baik terhadapnya sebaliknya mahu bekerjasama dalam persekitaran baharu.
“Tak ada, saya tak ada masalah apa-apa dengan syarikat rakaman itu. “Saya keluar pun dengan cara yang baik. Lagipun kontrak saya dengan mereka juga telah tamat tempoh . Lama juga bersama mereka, tiga tahun.
“Saya suka bekerja dengan orang ramai, saya nak tengok kemampuan setiap label. Saya tiada masalah dengan syarikat label lama saya, saya okey saja,” jelasnya kepada XTRA. Ditanya apakah harapan bersama syarikat label baharu, pelantun lagu Bisik ini mengharapkan sesuatu yang besar daripada EMI sendiri bagi mengekalkan legasi sohor EMI. “Saya harap sesuatu daripada EMI. Kita tahu EMI adalah syarikat label yang besar. “Apa yang saya boleh cakap, saya berjanji akan bekerja lebih 100 peratus untuk mencapai legasi EMI. Saya percayakan mereka dan begitu juga sebaliknya. “Ini buku baru saya, saya nak sukses bersama EMI,” ujar Irfan. Ditubuhkan pada 1966, EMI pernah menaungi artis-artis legenda antaranya Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Sudirman Haji Arshad dan Datuk Sharifah Aini. dan ramai lagi bakat-bakat besar tanah air. Operasi EMI Malaysia dihentikan sebagai syarikat tunggal pada September 2008 namun pada 2014, EMI kembali dijenamakan dan menyertai Universal Music Group. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|