Jempol: Tular di Facebook mengenai dakwaan seorang individu yang kecewa dengan perkhidmatan Hospital Jempol. Individu itu mendakwa menghantar seorang kakitangannya pada 16 Mei lepas yang mengalami jari terkoyak pada 12 tengah hari, namun dakwanya sehingga jam 9 malam, belum dipanggil untuk diberi rawatan.
Alasan yang diberikan oleh Pengarah Hospital Jempol Dr Zul Iskandar Zainudin adalah terdapat banyak kes kritikal dan semi kritikal ketika itu. Katanya, siasatan yang dijalankan mendapati terdapat ramai pesakit kes kritikal dan semi kritikal yang memerlukan rawatan intensif daripada pegawai perubatan pada hari kejadian. "Hospital Jempol menghargai keprihatinan pelanggan untuk terus memberi cadangan penambahbaikan kepada pengurusan perkhidmatan kesihatan di semua fasiliti kesihatan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ayang79 replied at 18-5-2023 03:56 PM
kalu nk dirawat cepat...baik pg KK dulu... lps tu naik ambulan ke Hosptal... insya allah cepat lah d ...
ADVERTISEMENT