"Nanti hubungi semula, saya tengah memandu nak pergi latihan bola sepak," kata Zainal Abidin kepada mStar ketika ditanya tentang isu penceraiannya dengan Fyna Jebat. Bagaimanapun cubaan mStar menghubunginya semula tidak berjaya apabila panggilan dibuat kepadanya tidak berjawab malah mesej di WhatsApp juga tidak dibalas.
Sebelum ini, anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah memaklumkan bapanya dan Fyna telah berpisah menerusi komen yang ditinggalkan di media sosial. Ia berikutan Zahira mempersoalkan hantaran mengatakan Fyna serta ibunya, Datin Zalina Zaini sudah berdamai disebabkan mereka duduk semeja. Namun Zahira menjelaskan kejadian itu berlaku empat bulan lalu dan menjelaskan ibunya tidak pernah berdamai dengan sesiapa dan berita tersebut adalah palsu. Dalam pada itu, usaha mStar mendapatkan kenyataan Fyna berhubung perkara itu bagaimanapun tidak berjaya apabila bekas peserta Famili Duo itu tidak mengaktifkan telefon.
Pada Januari lalu, Fyna mengaku bergelar isteri kedua Zainal namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu. Zainal dan Zalina pula berkahwin pada 1980 dan perkahwinan 43 tahun itu dikurniakan tiga orang cahaya mata. -CARI Sumber: mStar
|
mizruncing replied at 18-5-2023 09:28 AM
mcm mana laa dorg ni boleh brkenalan smpai nak kawen.. takziah la ye
ADVERTISEMENT