CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mak Bapak Yang Anak 'Picky Eaters', Tolong Jangan Susahkan Tuan Rumah Open House - Anju

17-5-2023 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7741| Komen: 136

Semakin menghampiri penghujung Syawal, orang ramai berlumba-lumba menganjurkan rumah terbuka untuk sanak-saudara dan sahabat handai.

Terbaru, arina Anjoulie memuat naik video di Instagram, meminta ibu bapa yang mempunyai anak jenis memilih makan supaya lebih bertanggungjawab jika menghadiri sesebuah rumah terbuka.



IG

Bukan berniat untuk mengkritik cara didikan kerana ia terpulang pada diri masing-masing, namun perkara tersebut menjadi masalah baginya apabila mereka memaklumkan anak tidak boleh makan menu yang disediakan.

Sudah kepenatan menyediakan juadah untuk tetamu yang datang, Anju kesal jika perlu ke dapur semula semata-mata ingin menyiapkan menu khas buat si anak yang teralu memilih makan.

Walhal, perkara itu boleh diuruskan sendiri ibu bapanya dengan membawa bekal ataupun memastikan anak-anak kenyang sebelum keluar.

Malah, Anju mengizinkan ibu bapa menggunakan dapurnya untuk memasak makanan yang menepati citarasa anak mereka.





Anju berharap ibu bapa juga mengajar anak-anak untuk lebih beradab ketika berada di rumah orang. 

Dia beranggapan perbuatan menolak apabila dipelawa makan oleh tuan rumah adalah biadab dan boleh menyebabkan mengguris perasaan tuan rumah.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 17-5-2023 05:46 PM
betul sangat... takde adab betul kalau pergi rumah orang lepastu buat macamtu...

tapi kalau kaka... kaka biar je budak tu kebulur... kalau comey tu boleh la jugak kaka gigih punggah freezer masakkan nugget, hotdog semua...

ni yang datang pun serhoper anak2 lan single, fart boceh... yang menyerupai anak2 orang asli yang hilang kat pos tohoi... masalahnya anak2 orang asli pos tohoi tu lagi comel... yang ni dah la tak comey langsung... lepastu demand itu ini serhoper anak half french half british...

buat sakit hati jah silap2 boleh kena darah tinggi... kalau gini... iols biar jah... kalau anak dia tertunggang tertonggeng... iols buat2 tak nampak dan teruskan mengcekik rendang dengan lemang...

anak separuh rusa dan separuh manusia dalam sweet tooth tu lagi tak memilih makan yach... comey plak tu... kalau rhoper gini memang di alu2 kan datang ke rumah iols beraya...

Quote cmf_premierleag 17-5-2023 06:01 PM
Akak setuju dgn anju.jgn nk menyusahkan tuan rumah bleh tak? Org penat la nk kene prepare food lain lak KHAS utk si picky eater yg muka pun x comel mana tp nama manja mesti pwincess bagai
Yihhhh sgtttt
Quote caramel_cloud9 17-5-2023 06:03 PM
Dah tau anak picky eater, kenyangkan lah perut anak tu dulu sblm dtg beraya rumah org. Takpun bawak bekal sendiri
Quote Bipolajourney 17-5-2023 06:17 PM
dudaberhias replied at 17-5-2023 05:46 PM
betul sangat... takde adab betul kalau pergi rumah orang lepastu buat macamtu...

tapi kalau kaka... ...

air dihidang dalam jug ke cawan ?
Quote minahmanja 17-5-2023 06:22 PM
Spot on anju. Kali ni aku sokong dia. Kes thn lepas, beraya rumah kawan. Pastu ade ank kawan lain dtg & ckp eh anak dia tak mkn mee.. diorg nak nasi.. tp host cuma prepare mee sup je.. so nak tak nak si host ni order kan grab 4bungkus nasi utk ank kawan ni.. order grab tu pun mak bdk tu yg suruh.. aku bengang je..
Quote joy_ah 17-5-2023 06:26 PM
satu lg parents no sugar no salt. komplain saja eh anak i tak makan sugar anak i tak makan salt. ko ingat aku kisah? tak makan? kebulur la ko situ
Quote shida81 17-5-2023 06:27 PM
Bdk tu 1 hal.. Yg mk bpk nye Ikut je
Quote joy_ah 17-5-2023 06:28 PM
lepas tu mula la mengadu mcm sial kat group kelab ibu mengandung saya pergi jamuan hari ini, anak saya tak makan sugar tak makan salt, tuan rumah tak sediakan langsung makanan utk anak saya. takkan saya nak bagi makanan yg dah disediakan? saya sedih saya menangis lihat anak saya
Quote azimodin 17-5-2023 06:29 PM
joy_ah replied at 17-5-2023 06:26 PM
satu lg parents no sugar no salt. komplain saja eh anak i tak makan sugar anak i tak makan salt. ko  ...

Tetiba aku teringat bini member aku.. update anak diet gluten free sugar free tapi kantoi anak minum vitagen & makan mamee.
Quote chandrahusin 17-5-2023 06:34 PM
Tak yah beraya lah lain kali
Yg complain duit raya
Yg pemalas pengotor pun ramai
Ni memilih2 plk
Betul la.. apa plk org lain nak kisah anak kita apa makan apa tak makan
Mengada2 betul la
Quote doubleA 17-5-2023 06:36 PM
Anak iols makan je apa ada kt rumah tu, kalau takda pun balik dari rumah org, kita beli la sendiri. Kenapa nak tuan rumah belikan pula, pelik tol makpak zaman skg takda common sense
Quote syamzana 17-5-2023 06:36 PM
anak iols pickey eater.
everytime open house iols kenyangkan dia dulu. so bila smpai umah org tu dia just minum air je.
then anak i pun ada peel xleh org ramai. mmg i avoid utk bawa dia kalau tak iols tglkan kejap kat rumah, kalau jauh iols say sorry je kat kwn2 tak dpt dtg.
kalau dah byk kali org jemput, kita x dtg, mcm over plak kan, so i explain elok2 kat host then i akan dtg plg awal
kalau anak kita ada mslh/meragam/peel seangkatan la, pandai2 la cari solution. jgn nak susahkan org lain plak. hidup ni mudah je.
Quote lazim 17-5-2023 06:37 PM
minahmanja replied at 17-5-2023 06:22 PM
Spot on anju. Kali ni aku sokong dia. Kes thn lepas, beraya rumah kawan. Pastu ade ank kawan lain dt ...

Gila bodoh kawan uols. 4 bungjus dh brp puluh bazir kt ank dia je
Quote haifawehbe 17-5-2023 06:53 PM
Edited by haifawehbe at 17-5-2023 06:54 PM

Iols kalau ada anak kecik mikir 100x nk pergi rumah org takut anak buas pecah brg jadi umpatan org sajork.. kadang bukan anak2 demand makpak pun sama dok demand makan itu ini..
Ko ingat tuan rumah ni balaci ko nk ikut tekak kedarah ko saje? Sebab itu iols malas nak beropen house bagai nanti hati lagi sakit.. belum lagi yg pergi rumah org lepas Tu dok menjaja hal keluarga tuan rumah merata2..
Quote missHaidiD 17-5-2023 07:06 PM
haifawehbe replied at 17-5-2023 06:53 PM
Iols kalau ada anak kecik mikir 100x nk pergi rumah org takut anak buas pecah brg jadi umpatan org s ...

Iols masa ank kecik mmg tak gi jln raya umah org. Sapa2 jemput open house mmg awal2 say sorry. Kalau pegi pun masa rehat hari jumaat je. Kalau sabtu ahad mmg takde la.

Pegi umah adik beradik je cuols
Quote Moon8 17-5-2023 07:19 PM
syamzana replied at 17-5-2023 06:36 PM
anak iols pickey eater.
everytime open house iols kenyangkan dia dulu. so bila smpai umah org tu dia ...

Sangat setuju.. anak I pun picky eater.. xkan laaa nak request2.. Bawa anak untuk meramaikan majlis.. bg dorg makan siap2 kat umah.. kalau rumah byk nak kna visit , balik take away sendiri .. xde la nak request2…
Quote Nham22 17-5-2023 07:24 PM
joy_ah replied at 17-5-2023 06:26 PM
satu lg parents no sugar no salt. komplain saja eh anak i tak makan sugar anak i tak makan salt. ko  ...

Dok umah jelah anak ko... Tiberrrr tak makan itu ini.. Sumbat hp boleh pulekssss
Quote minahmanja 17-5-2023 07:26 PM
lazim replied at 17-5-2023 06:37 PM
Gila bodoh kawan uols. 4 bungjus dh brp puluh bazir kt ank dia je

Itu yg aku bengang tu.. muka host tu mcm bengang jugak tp nk buat mcm mana. Bff katanya..
Quote mojarean_X 17-5-2023 07:31 PM
Eh dh kurus ye dia

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.145111 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top