4,000 penonton membanjiri Mega Star Arena, Sungei Wang, Kuala Lumpur, malam Sabtu lalu bagi menonton Konsert Satu Suara, termasuklah usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri. Menerusi hantaran di Instagram, dia berkongsi rasa teruja apabila dapat membawa kesemua staf serta agen menonton konsert amal Siti Nurhaliza.
Perkongsian Aliff turut mendapat respon oleh Siti yang menitipkan ucapan terima kasih serta berseloroh untuk tidak mengambil hati terhadap usikannya terhadap Aliff ketika hari konsert berkenaan tempoh hari. Tambahnya lagi, Aliff menerusi ruangan komen, menjelaskan bahawa dia hanya bergurau dengan gelaran penyanyi nombor satu Malaysia serta menyifatkan netizen cemburu dengan suaranya yang terlalu merdu. SUmber: Murai
|
ADVERTISEMENT