CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

A Aida Sebak Anak Sulung Nak Tamatkan Zaman Bujang Dengan Pilot

17-5-2023 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1504| Komen: 7

Penerbit popular Datuk A Aida sebak anak sulungnya, Wan Az Aleesa, 27, bakal bertunang dengan juruterbang.

Walaupun sebak, A Aida menumpang gembira apabila Aleesa akan ditunangkan dengan Zain Azrai Abdul Aziz, pada hujung minggu ini.



IG

"Alhamdulillah, jodoh anak sulung saya sudah sampai. Bulan lalu keluarga belah lelaki sudah masuk merisik. Insya-Allah majlis tunang akan dilangsungkan pada 20 Mei ini dan bernikah pada 15 Julai 2023.

"Mereka sebenarnya sudah lapan tahun bercinta, namun biasalah hubungan ni ada naik turunnya. Itulah orang kata kalau sudah jodoh, mereka bakal melangkah ke fasa yang lebih serius.

"Mula-mulanya, saya sekadar bertanya sejauh mana hubungan mereka? Dalam nada bergurau tanya bila nak kahwin? Lalu Zain terus cakap kalau saya izinkan dia nak berkahwin secepat mungkin. 

"Ketika itu saya rasa sebak, air mata terus nak meleleh sampai saya ke pusing ke belakang. Minta janganlah air mata ini menitis," katanya.




Biarpun mahu anak perempuannya itu menamatkan pengajian dalam bidang veterinar di Bogor, Indonesia, A Aida berlapang dada apabila bakal menantunya sudah punyai perancangan bersama.

"Katanya, kalau saya izinkan sebelum Aleesa melanjutkan pelajaran dia mahu berkahwin terlebih dulu kerana mahu menjaganya sepanjang empat tahun pengajian di luar negara.

"Sekali lagi saya rasa sebak. Saya setuju dan kami sekeluarga berbincang sebelum capai kata sepakat. Anak saya pun sudah berusia 27 tahun. Tapi saya dua tiga hari jugalah menangis gembira kerana akhirnya anak bakal tamatkan zaman bujang," ceritanya lagi.



Selain Aleesa, seorang lagi anaknya Wan Az Evanatassha juga merupakan cahaya mata hasil perkahwinan bersama penyanyi Ameng sebelum ini.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 17-5-2023 03:35 PM
semoga di permudahkan urusan perkahwinan anak2...
kurlast dapat menantu pilot yach...

Quote cmf_premierleag 17-5-2023 03:37 PM
Congrats TokDa
Nanti mesti ameng dtg kan..jd wali
Quote tuttt 17-5-2023 03:55 PM
Anak dia umur 27 baru nk sambung study. Kalau tunggu habis study 4 tahun dh 31 umurnya. Elok la menikah skrg
Quote cattiecute 17-5-2023 04:04 PM
saja nak bagitau kerja PILOT tu je kannnn kannn
btw memang fesyen pakai poshbeg kat depan tu ke?
Quote tompie 17-5-2023 04:05 PM
Bapak pun dah Sado.. kalau ada apa2 hal Ameng bedukkan aje lakiku seorang pilot..
Quote Prickford 17-5-2023 04:15 PM
dudaberhias replied at 17-5-2023 07:35 AM
semoga di permudahkan urusan perkahwinan anak2...
kurlast dapat menantu pilot yach...

Sebelum ni kan sheolls sembang, kalau bakal menantu tu bagi hantaran RM1 pon sheolls terima. Masa tu pon dah kata bakal menantu pilot. Mmg idokkk lerrr pilot nak bagi hantaran RM1
Quote Piramida 17-5-2023 04:40 PM
Oo nak menghampiri 30 juga anak dia.
Berapa umur nek aida ni.
Masih nampak muda remaja body berjaga..  filter or cucuk itu tolak tepi dulu hihihi

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.409645 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top