CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dahlia Farhana Tak Akan Lari Kalau Terjumpa Ubai Dan Shila Amzah

17-5-2023 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6316| Komen: 62

Tak ada kaitan dengan sesiapa, Dahlia Farhana menafikan lagu Langit Yang Sama ditujukan buat mana-mana pihak.

Lagu ciptaannya itu juga bukan bertujuan menumpang populariti sesiapa namun dikaitkan dengan Ubai dan Shila Amzah kerana situasi sedang panas ketika itu.


Foto: IG

"Saya tidak menggunakan nama sesiapa untuk mempromosikan lagu Langit Yang Sama. Mungkin ketika lagu berkenaan dilancarkan kena dengan situasi pada ketika itu. Saya rasa mungkin masalah 'timing'. 

"Saya cipta lagu itu ketika sedang gembira namun sepanjang tempoh itu menjadi bertukar jalan cerita secara sendiri. Malah, tidak pernah terlintas sama sekali hendak menumpang populariti sesiapa.




"Sudah lama sebenarnya saya cipta lagu ini iaitu pada tahun lalu lagi. Lagu ini sebenarnya diinspirasikan oleh bulan. Maka, terhasillah Langit Yang Sama.

"Saya maklum mengenai perkara ini kerana ada yang berkongsi kepada saya. Tetapi memang bukan ditujukan atau diciptakan untuk sesiapa," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, single nyanyian Dahlia menjadi kontroversi apabila dikatakan ditujukan buat Ubai yang menjalinkan hubungan cinta dengan Shila.

Bagaimanapun, Shila menafikan merampas Ubai daripada mana-mana individu untuk menjalinkan hubungan cinta.



Biarpun masih hijau dalam industri seni, Dahlia menjelaskan terbuka sekiranya terjumpa atau terserempak dengan penyanyi wanita itu dan kekasihnya di mana-mana acara.

"Saya tiada masalah dengan sesiapa. Memang betul, industri ini sangat kecil dan mana-mana pun boleh terjumpa. Jangan kata di acara atau majlis, jika keluar pun mungkin terjumpa.



"Saya okay saja dan tidak akan lari," katanya secara bergurau. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 17-5-2023 11:27 AM
siapa minah nih??

artis ker??

wowww... very der confindent nak jadi artisss ekk....
Quote dudaberhias 17-5-2023 11:35 AM
tiba2 je kena mengena dengan xila... masalahnya ko sape nyahhh???
perasan betul retis2 baru nak tumbuh ni...

masalahnyaaa gigih la duk menjaja orang kata itu orang kata ini...
padahal takde fans pun ahahahhaha... jadi sape yang nak tanya nya...
Quote anarina 17-5-2023 11:38 AM
Loveee this song so catchy n simple
Quote likilu 17-5-2023 11:39 AM
Bengah dah pakai tudung?
Quote prince_marhaen 17-5-2023 11:45 AM
siapa muka penyek ni....pernah menggesel ngan sang kelembai anak ikan xila amxia xinxiang tu ke?
Quote auntyonion 17-5-2023 11:49 AM
Sah2 lgu tu utk #shibai
Quote sangbara2020 17-5-2023 11:55 AM
eeiii pelis la netizen jgn nk up kan muke sendu gini
ohh peliss....
Quote akuMNdia 17-5-2023 11:57 AM
budak ni yg selalu cover lagu kat tiktok ke?
Quote LadyCarefree 17-5-2023 11:58 AM
Kesiannya hidung besar pastu ada prognathism.
Quote AWEKSAMURAI 17-5-2023 12:00 PM
likilu: Bengah dah pakai tudung?
kahkahkahkah hahaha bengah dh tukar bidang ke?
Quote duri_durians 17-5-2023 12:03 PM
baru ni aku terdengar lagu cintaku dalam cawan, dia lah yg nyanyi kan? stress sgt dengar. aku cuba positifkan diri cakap ni bukan lagu artis Malaysia ni.. rupanya mmg artis Malaysia. kecewa nya dgn kualiti lagu zaman skrg
Quote dua_chzy 17-5-2023 12:03 PM
Takyah la nafi2. Ngaku je. Weols know.
Quote codenamedream 17-5-2023 12:07 PM
Ubai mcm lagi sepaxan dgn sheols dari xila tu.
Walaupun sheols x lawa, tapi sore dia not bad. Tapi live tak tahu lah sedap ke idak.
Quote pittjie 17-5-2023 12:08 PM
dua_chzy replied at 17-5-2023 12:03 PM
Takyah la nafi2. Ngaku je. Weols know.

weols? weols know? tapi meols dontno. sapa dia ni pun meols tak kenal. hahahhah. tapi kalau dia dgn ubai mmg sesuai kut. rupa paras hampir sama.

Quote pittjie 17-5-2023 12:09 PM
tengok dari gambar2 dia ni .. mcm style cik ta je. cuma confident ambik gambar dari satu sisi je. tapi cik ta lawa juta kali ganda laaaa.
Quote dua_chzy 17-5-2023 12:17 PM
pittjie replied at 17-5-2023 04:08 AM
weols? weols know? tapi meols dontno. sapa dia ni pun meols tak kenal. hahahhah. tapi kalau dia dg ...

Aiols pun dont know her or her song but aiols think weols seasoned poromer should know if a retis denied a gossip about himher, it is usually true.
Quote EriaDoritis 17-5-2023 12:22 PM
Senang nak jadi artis sekarang ye.
Cover² lagu...tup² up lagu sendiri. Tadaaaaa jadilah retis
Quote myakayina 17-5-2023 12:27 PM
sheols ni banyak cover lagu2 retis sebelum ni, ada channel youtube dia..not bad lah jgk suaranya..ramai je kan yg boleh menyanyi lps tu cover lagu2 retis or lagu2 yg sedang viral..tup2 jadi retis lah plk..
Quote vanillaninja 17-5-2023 12:30 PM
Sheols ni siapa?

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.100668 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top