Oleh Adib Za Kemaskini 21 Oktober Nasib tidak menyebelahi lelaki ini apabila mahkamah mengarahkan tertuduh membayar kompaun
RM5,000
kepada mangsa dan majikannya, Haziyati Abdul Hamid selepas kedua-duanya mencapai persetujuan mengikut Seksyen 260 Kanun
Acara Jenayah.
Gambar oleh Metro Penyelesaian itu juga termasuk permohonan maaf secara terbuka Risamuddin kepada Shaheb. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis cuci kereta, Master Clean Car, Kampung Baru Subang pada jam 12.45 tengah hari, 17 Oktober 2015. Mohd Risamuddin yang berdiri di kandang tertuduh, memohon maaf atas perbuatannya sambil menghulur tangan kepada Shaheb. Baca selanjutnya : MStar
Kemaskini 19 Oktober Lelaki yang didakwa memukul pekerja Bangladesh di premis mencuci kereta semalam, dilaporkan telah ditahan polis. Menurut laporan Rakyat Post, lelaki itu direman untuk soal siasat. Loading FB Video... Kecoh di laman sosial mengenai seorang lelaki warga tempatan yang naik berang di premis mencuci kereta lalu memaki hamun serta menampar-nampar pekerja Bangladesh di situ. Video CCTV yang dimuat naik dipercayai oleh pemilik premis itu antara lain berkata, "Rakaman cctv seorang lelaki Melayu memukul seorang Bangla yg tgh cuci kereta kerana marah bangla masuk dalam kereta dan myebabkan keretanya kotor... mungkin bangla tu kotor berpakaian lusuh dan hina... kemudian tidak mahu membayar sebaliknya meminta wang rm1000 kerana duduk dan mengotorkn keretanya ketika mengelap cermin..." Manakala, status terbaharu wanita yang dikenali sebagai Atie Abdul Hamid itu, memberitahu pekerjanya itu mengalami pendarahan akibat tulang hidungnya yang patah selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh. (Sumber foto: Astro Awani) Melalui komen yang dipaparkan, kebanyakan netizen berasa marah akan tindakan lelaki berkenaan dan menyarankan pemilik premis membuat laporan polis. Sehingga kini, status tersebut mendapat 25 ribu 'likes', 36 ribu komen dan 50 ribu perkongsian. - CARI Infonet
|
10
Bagus |
8
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
17
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ellejo replied at 17-10-2015 05:48 PM
kereta apa heshe pakai? kalo Honda civic aku nak kutuk abis-abisan
dah dua Honda civic belagak k ...
jazaa100 replied at 17-10-2015 05:53 PM
bangla tu kena lempang.....tapi knp berdarah pulak?...tampar mcm tu dah masuk hospital...
ada pe ...
ADVERTISEMENT