CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anuar Zain Tak 'Hingin' Jadi Juri, Takut Kena Kecam

17-5-2023 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1304| Komen: 16

Anuar Zain, 53, enggan menjadi juri pada mana-mana pertandingan nyanyian kerana berasa dirinya tidak sesuai memberi komen kepada orang lain.

Anuar  ada pendirian tersendiri untuk menolak tawaran menjadi juri selepas mengambil kira tindakan segelintir peminat yang tidak boleh menerima penyanyi kesukaan mereka ditegur.


Foto: IG

"Kadang-kadang ada peminat terlalu beremosi kerana begitu kasih dan sayangkan artis kesukaan mereka sehingga tidak dapat menerima komen-komen tegas daripada juri.

"Sebenarnya, juri ini sentiasa berniat murni dan sangat baik untuk membantu artis itu membuat yang lebih baik, berkongsi tips persembahan tetapi kadang-kadang penonton kita tidak memahami benda itu dan menyalahkan juri," katanya kepada Harian Metro.

Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain berkata, dia sudah banyak kali menerima tawaran menjadi juri apa saja jenis pertandingan sejak 10 ke 15 tahun dulu, tetapi semuanya ditolak secara baik.




"Saya menolak dengan alasan memang tidak sesuai jadi juri dan saya tak layak nak beri komen walaupun acara hiburan itu berprestij. Jadi, cukuplah saya hanya menyanyi dan buat persembahan saja.

"Bagi saya, tujuan juri menegur itu sebenarnya kita nak sama-sama naik (dikenali). Tapi, kadang-kadang saya tak suka elemen-elemen negatif yang cuba ditimbulkan peminat daripada komen ditulis itu kerana ia merosak diri.


Saya tak boleh (dengan komen negatif penonton). Untuk itu, saya nak jauhkan diri daripada terima komen-komen yang pelik ini. Apatah lagi, setiap artis itu ada jiwa sensitif di dalam diri," katanya.

Anuar berkata, dia sendiri kasihan apabila melihat rakan selebriti yang rapat dengannya teruk dihentam dan dikecam peminat ketika menjadi juri disebabkan tidak boleh menerima teguran diberi kepada artis kesayangan mereka.



Menurut penyanyi lagu Lelaki Ini dan Sedetik Lebih ini, dia pernah dua kali menjadi juri jemputan iaitu di Akadami Fantasia musim kedua (AF2) dan Malaysian Idol saja selama aktif di dalam nyanyian. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 17-5-2023 09:23 AM
Betul x perlu thegeh2 nak jd juri sbb kekdg bkn ada ilmu pun wlupun terer mnyanyi… jadi juri duk control cantik tersengeh2 input nya xdak pun
Quote Sazreena 17-5-2023 01:40 PM
Aku kalau juri berilmu cam tok pinas, tok ram tu je aku cam ok sket. The rest setakat nak memenuhkan kuota je baik takyah.
Quote wirazam 17-5-2023 02:03 PM
Edited by wirazam at 17-5-2023 02:04 PM

Ko pun..nyanyi je..compose lagu or main muzik boleh tak???
Sekadar jadi juri mcm pasu bunga je..baik takyah..
Ko ada pernah menang AJL?
Quote lasagna 17-5-2023 02:16 PM
tua dah raut muka nuar jeng ek..
xpe lah xyh jd juri, sora dia pun dh cukup power.
Quote rosedemon 18-5-2023 09:03 AM
sbb ko pondan nyah hati ko tisu
Quote dudaberhias 18-5-2023 12:06 PM
tapi dia memang layak jadi juri berbanding si tok hitam hidung jambu batu rnr senawang dengan seko lagi composer berhidung sama tu...

orang yang betul2 menyanyi sahaja tahu dan layak menjuri...

sekadar nak kata sedap ke tidak burung kakak tua pun boleh nyah...

Quote kotakominami 18-5-2023 04:00 PM
Bang nuar ni memang takleh jadi juri sebab dia bapak cerewet kalau bab arrangement... silap ari bulan live band tu yg kena marah.....sape yg penah kije time showcase dia or secretary week taula....
Quote GegarVaganja 18-5-2023 05:28 PM
lasagna replied at 17-5-2023 02:16 PM
tua dah raut muka nuar jeng ek..
xpe lah xyh jd juri, sora dia pun dh cukup power.

Heshe dah 53 chuolls.
Kalau masih nampak macam Megat Rahim, terkejut la jugak.


Quote sleepandream 18-5-2023 06:08 PM
alaaaa tok pinaz pon sendiri nyanyi senduuuu...
tokram pun takde buat lagu sendiri ponggg...
so hebat ke jadi juri? tak pongggg
so kepakaran masing2 la noksssss...
Quote selipar_hijau 18-5-2023 06:12 PM
Ke risau netijen nanti dok komen muka dia
Quote lasagna 19-5-2023 08:38 AM
GegarVaganja replied at 18-5-2023 05:28 PM
Heshe dah 53 chuolls.
Kalau masih nampak macam Megat Rahim, terkejut la jugak.

hahaha gigih kaka nak tau sape bbnu megatrahim ittew..
Quote TabletSusu 19-5-2023 10:18 AM
lasagna replied at 19-5-2023 12:38 AM
hahaha gigih kaka nak tau sape bbnu megatrahim ittew..

aku gegeh menggugel. Allah haiii.. sebaya anak aku..
Quote inspektoremos21 19-5-2023 10:28 AM
Iols ingat dulu nuar ni pernah jadi juri dkt konsert AF2.. tapi x ingat la konsert ke berapa
Quote GegarVaganja 20-5-2023 12:14 AM
TabletSusu replied at 19-5-2023 10:18 AM
aku gegeh menggugel. Allah haiii.. sebaya anak aku..

Xpasal-pasal Megat Rahim famous lepas ni

Quote LembingDayanti 20-5-2023 04:46 AM
bapok tua ni dah boleh fade away  makin tuo nampak makin busukkkk
Quote alien88 20-5-2023 08:18 AM
patut la jrg npk abang anuar jd juri
selain guru vocal, penulis lirik, komposer lagu, penyanyi pon boleh jd juri sbb diorang tau mcm mn nk handle stage or audience
iolls suka judika, misha kalau diorang jadi juri, tak ada nak hentam peserta sgt, lebih kepada memberi semangat & tunjuk ajar

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.067822 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top