Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang meninggal dunia sembilan tahun lalu dan sampai ke hari ramai yang masih merinduinya. Di TikTok, tular video menyaksikan seorang wanita bernama Catt yang memiliki gaya, penampilan dan wajah persis arwah.
Dalam rakaman tersebut, wanita berkenaan dilihat sedang menyanyikan lagu berjudul Hari Yang Mulia secara miming di sebuah acara. Apa yang menjadi perhatian adalah wanita berkenaan turut meniru gaya nyanyian yang sering dilakukan oleh arwah ketika membuat persembahan. Di ruangan komen rata-rata netzien berkata kerinduan mereka kepada arwah seakan terubat seketika selepas menyaksikan persembahan wanita itu. Bagaimanapun, ada juga yang kata meskipun wanita berkenaan mencuba menjadi seakan arwah, namun masih kelihatan sedikit berbeza dan tidak seratus peratus sama.
Untuk rekod, arwah Datuk Sharifah Aini telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 Julai 2014 akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Arwah yang berusia 61 tahun ketika itu pergi meninggalkan seorang anak bernama Aliff Omar. -CARI
|
JunkMail replied at 17-5-2023 09:15 AM
Takkkk masalahnya ni retis bergosip ke??? Bengong lah kau ni
ADVERTISEMENT