CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

EMI Kembali

16-5-2023 10:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 826| Komen: 7

Syarikat rakaman EMI Music Malaysia (EMI) dilancarkan semula sebagai satu entiti tunggal dalam misi mengembalikan semula kegemilangannya dengan pendekatan lebih segar.

Ketua EMI baharu, Adib Hamdi, 30, berkata, dia teruja ditawarkan peluang itu daripada Universal Music Malaysia. 


Dia yang memulakan tugasnya sejak November tahun lalu sudah tujuh tahun terbabit dalam industri hiburan tampatan. Antaranya bersama World Peace Entertainment dan XO House. 


"Rugi kalau saya tak menceburi dalam bidang korporat. Saya percaya dengan EMI, corak fikiran tempatan yang bagus, bajet lebih, saya boleh. Saya ada berborak mengenai ini dengan rakan industri seperti Ezra Kong dan Mike Chan.

"Kalau nak platform, sayalah yang kena usaha. Saya yang kena layakkan diri berbekalkan kemampuan saya ada," katanya pada sidang media pelancaran semula EMI di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.


Adib berkata, dia memilih akan mengemudi operasi EMI dengan mengikut trend pasaran serta jualan muzik, promosi artis, selain corak kandungan media diterbitkan.

"Saya kena buktikan kepada diri sendiri bahawa saya boleh galas tugas ini. Selagi saya ikhlas membimbing keseluruhan pasukan, semuanya pasti baik-baik saja. Kedengaran mudah tapi sangat-sangat sukar. 

"Kami kena adaptasi banyak perkara kerana kehadiran TikTok besar pengaruhnya terhadap keseluruhan pasaran (muzik). Saya betul-betul fikir siapa yang patut dan layak jadi muka depan untuk EMI baharu ini," katanya.

Adib turut berkongsi strateginya iaitu membina nama daripada platform yang paling kukuh.

"Dulunya YouTube tapi mutakhir ini, kita harus akui TikTok adalah yang terkuat. Melihat ke hadapan, kami akan terus bekerja rapat dengan rakan kerjasama, manfaatkan apa yang kami ada menerusi platform mereka," katanya.

Berhubung pemilihan artis naungan EMI, Adib mahu lebih terbuka namun mengakui paling selesa mengetengahkan bakat baharu sebagai pertaruhan penting.

"Saya suka melentur artis-artis baharu kerana energi mereka berbeza. Pada masa sama, saya sentiasa terbuka kerana saya berasakan menyertai label gah ini, keterbukaan itu perlu.

"Semakin banyak lagu baharu akan dilancarkan pada masa hadapan. Walaupun bermula pada November (tahun lalu) dan sekarang sudah Mei, kami sudah lancarkan dua lagu sebelum Aidilfitri lalu," katanya.

Pada sidang media itu, dua artis baharu EMI turut diperkenal iaitu Irfan Haris dan Ezra Kairo. 

Ditubuhkan pada 1966, EMI pernah menaungi artis-artis legenda antaranya Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Sudirman Haji Arshad dan Datuk Sharifah Aini.

Selain itu, Ella, KRU, Rahmat, Aris Ariwatan, Rahim Maarof, Cromok, Loong Piao Piao, Zhang Zhe, Farra, Krisya, Korie, Mac Ruhayu, and Nurrade. 

EMI Malaysia menghentikan operasi sebagai syarikat tunggal pada September 2008. Pada 2014, EMI kembali dijenamakan dan menyertai Universal Music Group.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 16-5-2023 10:58 PM
boleh la start recruit penyanyi2 herlok ala2 kpop... nyanyi macam binatang pun takpe sebab era 2023 ni yang penting herlok...

lagu takkan boleh terjual kalau sekadar suara sedap yach di zaman ni... itu zaman 1990an dulu boleh la... sekarang semua nak herlok... justin bieber tu pun suara sedap dalam rakaman tapi live macam gampunk... lagu best2 tapi cuba kalau di gantikan penyanyi tu sebagai black hanipah... semua pakat2 kalih ke channel animal planet jugak kan....

Quote sharlenetexas 16-5-2023 11:25 PM
Bukan ke dulu emi zmn retro logo kepala anjing?


Quote PULANGKAN 17-5-2023 01:48 AM
EMI ni, yang dulu-dulu-dulu-dulu kes dengan allayarham P.Ramlee tu ke?
Quote sleepandream 17-5-2023 02:44 AM
tak silap Raihan dulu bawah EMI kan?
now kene study trend muzik dekat tiktok yach... bukan lagi permintaan lagu dekat radio ataupun undian carta muzik mcm anugerah juara lagu yg hado ittewww
Quote alesandra 17-5-2023 05:40 AM
sharlenetexas replied at 16-5-2023 11:25 PM
Bukan ke dulu emi zmn retro logo kepala anjing?

Bukan.......
Quote alesandra 17-5-2023 05:42 AM
sleepandream replied at 17-5-2023 02:44 AM
tak silap Raihan dulu bawah EMI kan?
now kene study trend muzik dekat tiktok yach... bukan lagi perm ...

Raihan ..tony fernandes yg amik deyols.jadi warner bukan emi.
Quote sharlenetexas 17-5-2023 01:57 PM
alesandra replied at 17-5-2023 05:40 AM
Bukan.......

Emi asal dari hmv. Hmv guna logo anjing.


Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.030587 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top