CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Mengaji Bidang Psikologi Dan Sosiologi Di Australia, Lando Nak Sambung Pengajian Kejuruteraan Awam

16-5-2023 09:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1856| Komen: 23

Pelakon berwajah 'ganas' Lando Zawawi sebenarnya pernah melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Australia sekitar 2008 dalam bidang Psikologi dan Sosiologi.

Lando atau Azlan Sani Zawawi, 48, bagaimanapun berkata, tidak menghabiskan pengajiannya kerana terpaksa pulang ke Malaysia atas urusan peribadi ketika tahun terakhir berada di universiti.



mStar

"Sebenarnya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya ada menyertai program Duta Muda di bawah kerajaan negeri Pahang dan berpeluang ke Australia selama setahun sebelum pulang ke Malaysia sambung program Matrikulasi sebelum kembali ke Australia.

"Malangnya saya terpaksa berhenti disaat tahun akhir pengajian sebab kena balik Malaysia bagi menyelesaikan masalah peribadi namun sehingga kini tidak kesampaian untuk sambung semula disebabkan sibuk dengan aktiviti lakonan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Lando memberitahu dia berasa ralat tidak dapat menyelesaikan pengajiannya, namun tidak pernah melupakan hasrat menggengam segulung ijazah jika diberikan rezeki nanti.



Malah kata Lando, dia bercadang menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan awam selepas ini.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 16-5-2023 09:39 PM
Good luck.

Quote Buritan 16-5-2023 09:40 PM
Tak logik aje.. tahun 2008 masuk matrik.. umo 48.. aku masuk matrik 1994..now umo aku 47..2008 aku dah jd cikgu dah gred 44 dah... Itu pun naik 44 sbb dah cukup haul.. aku bkn guru yg bagus pun
Quote Buritan 16-5-2023 09:41 PM
Satu LG amik psikologi.. pas tuu nak amik engineer . Tak Tau laa akuu.. mcm tak kena aje
Quote ketupatnasi 16-5-2023 10:10 PM
Mana dtg wajah ganas... Klu ckp dia adik arwah Zaibo aku percaya la.. iras
Quote sharlenetexas 16-5-2023 10:12 PM
ketupatnasi replied at 16-5-2023 10:10 PM
Mana dtg wajah ganas... Klu ckp dia adik arwah Zaibo aku percaya la.. iras

Mcm pekin pun ada.


Quote ketupatnasi 16-5-2023 10:16 PM
sharlenetexas replied at 16-5-2023 10:12 PM
Mcm pekin pun ada.

Ha ah la.
Quote anilanil 16-5-2023 10:18 PM
Dulu dia study kat tasmania ke?
Quote Suchi 16-5-2023 10:19 PM
Dia nih dulu penah duk oversea ke masa sekolah? Sbb ada gambar dia masa sekolah ngan anak2 omputeh time tu sek men tak silap.
Quote acik79 17-5-2023 12:31 AM
anilanil: Dulu dia study kat tasmania ke ...


A’ah… sekali dgn suami aku… anak orang kaya ni… bawa motor besar, suami aku pernah tumpang dia naik motor gi uni…
Quote planetplutop 17-5-2023 12:55 AM
acik79 replied at 17-5-2023 12:31 AM
A’ah… sekali dgn suami aku… anak orang kaya ni… bawa motor besar, suami aku pernah tumpang dia ...

kawan sis pun sahkan dia ni mmg belajar aussie dulu. walaupun tak habis belajar, tapi bukan kaleng kaleng ye
Quote acik79 17-5-2023 01:20 AM
planetplutop replied at 17-5-2023 12:55 AM
kawan sis pun sahkan dia ni mmg belajar aussie dulu. walaupun tak habis belajar, tapi bukan kaleng ...

Sorry tertekan report…. Tu la suami aku cakap tak habis belajar… tak silap thn tu 1995/96 kot kat Hobart.
Quote PULANGKAN 17-5-2023 01:37 AM
Buritan replied at 16-5-2023 09:41 PM
Satu LG amik psikologi.. pas tuu nak amik engineer . Tak Tau laa akuu.. mcm tak kena aje

kan. jauh tu menyimpang nyetak tau la style degree dengan master rupa gitu ke. Iols tak tau, tak sampai tahap tu

tapi ada la satu lecturer tu sembang, masa degree belajar Geologi. tapi bosan sebab ngadap batu katanya. pastu master dia lompat sociology. grad, terus jadi lecturer
another case, company exec. degree belajar psychology, master amik business economics

ex boss aku masa tempat kerja lama pun sorang camtu
degree entah architecture ke amende. pastu master bidang pengurusan tanah/ hartanah. yang Iols ingat ada perkataan tanah-tanah tu la. dia tolong cover pengurusan daerah

serius Iols tak tau macam mana diorang lompat-lompat gitu

kalau level sijil tu boleh faham lagi, sebab mostly entry/ introduction level kan

Iols dah tua ni, tiba2 rasa nak masuk belajar komputer
tapi takut tak dapat catchup pulak. nak buat graph pun terkial-kial lagi. excel lagi la out
zaman la ni semua nak IT
Quote Buritan 17-5-2023 02:21 AM
PULANGKAN replied at 17-5-2023 01:37 AM
kan. jauh tu menyimpang nyetak tau la style degree dengan master rupa gitu ke. Iols tak tau, tak s ...

Masalahnya silondon ni ijazah pun belum lopes.. tu yg aku query tuu.. aah betul mmg ramai lompat terbang Dr A  pi kos c.. depa boleh buat hokkay laa.. aku sorilaa mau terberak pi terbang amik kos yg luar bidang aku .

Hahaha . Aku pun dulu gigih amik kos computer . Sijil bangang aje pun.. sbb nak bg cekapla kononon.. tak boleh.. aku terlps satu step aje pun.. terus aku tak dpt kejar yg lain... Ujung ujung fedup Dan tak dpt buat.. sekian.. hahaha
Quote airmineral 17-5-2023 02:50 PM
kalau nak masuk terus degree engineering mcm seram je
kurang2 try amik Alevel/STPM dulu, tgk boleh lepas ke x
kalau boleh lepas tu mmg ok la utk degree


Quote telracs 17-5-2023 05:36 PM
Kupikir pekin tadi
Cam sama je muka
Quote Hessa 17-5-2023 05:40 PM
PULANGKAN replied at 17-5-2023 01:37 AM
kan. jauh tu menyimpang nyetak tau la style degree dengan master rupa gitu ke. Iols tak tau, tak s ...

kat Msia je yg mesti belajar dari degree smpai ke phd ikut satu bidang je.kalau kat luar.boleh je pelbagai bidang.
Quote izat123 17-5-2023 05:49 PM
PULANGKAN replied at 17-5-2023 01:37 AM
kan. jauh tu menyimpang nyetak tau la style degree dengan master rupa gitu ke. Iols tak tau, tak s ...

Kalau postgrad boleh je nak lompat apa pun. Aku dulu master data science dalam kelas aku budak engineering ada, sains sosial ada, aktuari ada, computer science ada. Lecturer masa tu kata budak sport science pun ada batch before kitorang. Cuma boleh catchup tak boleh jelah. Plus kalau yang memang takde basic langsung tu (macam degree tak berkaitan dengan master) usually kena ambik extra credit hours kalau master degree coursework. Kalau research ikut lah asal siap je research tu haha.

Btw Lando ni kira tak habis belajar pun lah kan? Beria masa nak masuk pru haritu tulis pendidikan kat Oz bagai. Boleh je tulis gitu tapi buat lah remark did not finish hehe
Quote hareeeesah 17-5-2023 05:57 PM
acik79 replied at 17-5-2023 12:31 AM
A’ah… sekali dgn suami aku… anak orang kaya ni… bawa motor besar, suami aku pernah tumpang dia ...

Wah patut la bole duduk kat eco sana tu… dia kerja apa je skrg selain bradohood tlg tampal jln?
Quote cmf_premierleag 17-5-2023 05:58 PM
Akak percaya je kalo dia nk amik civil engineering..sbb semedang je  dia turap jalan sana sini

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.060163 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top