Pendedahan seorang wanita mengenai gangguan seksual dilakukan pelanggan terhadap penghantar makanan (rider) menjadi tular. Bukan sahaja perempuan, malah golongan lelaki pun tidak selamat zaman kini kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa mahupun pemangsa.
Pengguna Twitter dengan nama akaun Helena memaklumkan insiden tersebut berlaku sekitar pukul 2 pagi selepas rider terbabit menerima pesanan makanan. Pada awalnya pelanggan terbabit hanya meminta rider itu menghubunginya apabila sudah tiba di sekitar kawasan kediamannya. Namun, selepas menerima mesej balas, pelanggan lelaki terbabit mula menunjukkan niat sebenar dengan menghantar mesej lucah.
Rider terbabit yang terkejut dengan insiden tersebut kemudiannya membuat hantaran di Facebook bagi memberi peringatan kepada rakan penghantar makanan lain Bagaimanapun, difahamkan posting itu dipadam atas permintaan keluarga pelanggan lelaki terbabit. Namun, kecewa betul dengan sikap segelintir netizen yang seolah-olah memandang remeh isu ini dan seronok menjadikannya sebagai bahan jenaka. - CARI
|
Pendedahan seorang wanita mengenai gangguan seksual dilakukan pelanggan terhadap penghantar makanan (rider) menjadi tular.
ADVERTISEMENT