CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Dikurangkan Jumlah RM1,300 Itu Mungkin Saya Tidak Dapat Berikan Kehidupan Sempurna," - Bekas Isteri Sam Bunkface

16-5-2023 07:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11205| Komen: 208

Bekas isteri Sam Bunkface iaitu Aida Azira Hussin tidak bersetuju jumlah nafkah RM1,300 diterimanya sebelum ini dikurangkan kerana ia akan menyebabkan kehidupan anak mereka iaitu Maleeq, 6, tidak sempurna.


Aida, 36, berkata, sekiranya jumlah itu dikurangkan dia terpaksa mengurangkan makanan, permainan selain perlu menanggung aspek lain seperti bil penghawa dingin termasuk menyediakan tempat tinggal selesa untuk kanak-kanak tersebut.


"Kalau dikurangkan saya terpaksa kurangkan makanan dia, permainan, ais krim. Selain itu tempat tinggal juga kena selesa, contohnya penghawa dingin yang saya kira melibatkan bil (perlu dibayar).

"Kalau dikurangkan jumlah RM1,300 itu mungkin saya tidak dapat berikan kehidupan sempurna," katanya.

Aida memberi jawapan itu ketika disoal balas peguam syarie, Liyana Sihar yang mewakili Sam selaku plaintif pada perbicaraan pindaan tuntutan nafkah anak di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada petang Selasa.


Sam atau Shamsul Annuar Baharom, 35, turut hadir pada perbicaraan itu ditemani isterinya, Eifa Ezrin Mohd Kushairi.

Dalam pada itu, Aida turut memberitahu mahkamah, RM1,300 yang diperolehi daripada bekas suami sebelum ini digunakan untuk membayar keperluan anak mereka termasuk insurans, perubatan dan makanan.


Sementara itu, Sam berharap keadilan akan berpihak kepadanya selain menyerahkan keputusan kepada pihak mahkamah dalam menentukan permohonan dibuat sebelum ini.

"Harapan saya ialah keadilan diberikan. Saya cuma mencari keadilan dan Insya-Allah mahkamah yang mulia ini akan tentukan," katanya.

Kes yang dibicarakan dihadapan Hakim Syarie Shukran Yusof ditangguhkan pada 26 Jun ini.

Ditanya sama ada dapat bertemu anak lelakinya pada sambutan Aidilfitri lalu, Sam menzahirkan rasa syukur dan memberitahu semuanya baik setakat ini.

Pada 3 April lalu, Sam dan Aida hadir ke mahkamah sama bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.

Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat penyanyi terbabit, selain meminta bukti andai tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan sebuah stesen televisyen pada 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 16-5-2023 07:57 PM
propa je ko cikpukki oiii...

hanat punya cikki... patutnyaaa sam tu kahwin dengan @Kurex @Themilo lebih baik yach... bukan dengan kau... dah la tak herlokkk...

rm1300 tu dah dekat taraf gaji minima dah... anak sorang je pun kan... lain la anak melebihi 2 orang...

lagipun ko bukannyaaa jaga budak tu hari2 pun... selang 2 minggu kan ayahnya jaga... lepastu 2 minggu ko jaga tu pulak ko campak dekat mak kau suruh deorang yang jaga... kalau tak di kurangkan pun ko tak mampu bagi kehidupan yang sempurna buat budak tu... yihhhh...

Quote _blackbird 16-5-2023 08:09 PM
Ko bg anak ko makan aiskrim apa nok sampai kena catu kalau child support kurang.
Quote prizadane 16-5-2023 08:31 PM
Aiskrim b&r, let say a day rm15. Times 15 days a month sebab anak tu kau cuma perlu jaga selama 2 minggu. Tak sampai rm300 pun. Tu pun kalau hari-hari lah kau bagi anak kau makan aiskrim. Tapi apa punya mak bagi anak makan aiskrim hari-hari? Kau tahu tak sugar high kalau camtu. Dah la ex wife Sam… tak masuk akal lah alasan kau. Bil lektrik anak kau, takkan sampai RM500 untuk 2 minggu je?
Quote krustykrab 16-5-2023 08:34 PM
Ko bg la sam jaga terus..ko ambik sabtu ahad je...kan senang sam yg uruskn semua perbelanjaan anak tu.
Quote AWEKSAMURAI 16-5-2023 08:41 PM
Gila lah rm1300 ank sorang x ckup...siap ckp kena kurang kan permainan .... Takkan tiap bulan ko beli ank ko permainan ..benda x penting kot ... X bersyukur ko ni...... Bersyukur lah si Sam tu nk jgk bagi nafkha walau job dia pun xde sgt .... Dari org lain ex laki haram x bg apa pun...
Quote pujanggacinta 16-5-2023 08:43 PM
kerjaya hebat
mesti gaji pun lebat
sama2 jer la tokok tambah bab belanja anak
benda bole tolak ansur

budak2 zmn skrg icecream nak b&r
nasib anak2 meolls layan icecream apek bw motor ting ting lalu depan umah....
Quote jihyomelly 16-5-2023 08:47 PM
kalau jaga 2 minggu 1300 byk la tu…dari sam sanggup nak bayar terus culas nak bayar kang meroyan pulak
Quote _kelly 16-5-2023 09:03 PM
dah kantoi, malu la kan
Quote addamnor 16-5-2023 09:08 PM
Another unqualified woman to become a mother
Quote syamzana 16-5-2023 09:16 PM
nak senang segala expenses yuran sek+insurans+bil2 berkaitan anak bg sam je bayar takyah bagi duit. duit khas utk makan anak je.
lagi satu dah anak duduk dgn mak kan, so bil letrik (ekon) tu patut dibawah tanggungan mak la kan?  
tak faham iols ade jugak mak camni. bertolak ansur la dah nama pun co-parenting
Quote darkness 16-5-2023 09:40 PM
2 minggu je jaga 1.3k tu banyak ok. Lain lagi sam cakap bayar expenses lain2. Pastu letak anak tu kat nenek dia bukan ko jaga pun kalau gitu..erghh
Quote naina 16-5-2023 09:53 PM
Nonsense. Ko membazir pada benda yang tak perlu je. Aiskrim? Permainan? Bukan keperluan pun. Nak kurangkan makanan? Banyak mana sangat anak ko makan sampai nak kurangkan lagi. Mak pemalas macam ko paling2 pun goreng telur je kalau duduk rumah agaknya. Tak pun proses food nugget ngn sosej.
Ekon tu ko pun rasa sekali. Tak perlu kot berkira. Ko kerja so ko topupla mana yang tak cukup yang rasa bukan basic tapi perlu. Takkan sikit pun ko nak berkira dengan anak. Sampai setiap inci Sam kena tanggung. Apa punya mak la ko ni. Baik ko takyah kawen lagi dan buat anak. Senang kerja kau kutip nafkah tinggi je nanti.
Quote naina 16-5-2023 09:56 PM
syamzana replied at 16-5-2023 09:16 PM
nak senang segala expenses yuran sek+insurans+bil2 berkaitan anak bg sam je bayar takyah bagi duit.  ...

Kan. Pasal ekon pun sampai nak berkira. Padahal rasa sekali. Pelik betol otak dia berfungsi pasal anak ni. Kedekut sungguh. Berapa sgtlah bil tu padahal siang2 hantar nursery/sekolah. Alahai alasan dia ni. Sam kutip mana eh perempuan ni. Macam tak sekolah je semua jawapan2 dia. Lontaran suara pun tak meyakinkan.
Quote naina 16-5-2023 09:57 PM
Sam ada mohon hak Hadhanah tak? Harap berpihak pada Sam la pasni.
Quote ketupatnasi 16-5-2023 10:00 PM
naina replied at 16-5-2023 09:56 PM
Kan. Pasal ekon pun sampai nak berkira. Padahal rasa sekali. Pelik betol otak dia berfungsi pasal  ...

Lontaran suara tak meyakinkan.... Tak menahan sungguh!!

Quote ~boolean 16-5-2023 10:08 PM
Dia beli permainan setiap hari ke sampai tak cukup tu? Ais krim apa dia suap ke anak sampai mahal sangat tu? Anak baru 6 tahun makan daging wagyu hari2 ke?

Quote LembingDayanti 16-5-2023 10:09 PM
astaga..... seram yaaaaa yg aneh2 alasan
Quote Piramida 16-5-2023 10:11 PM
Betul lah tu.. Biasa lah kalau dr T20 jatuh M40... Atau dr M40 ke B40.. akan terkesan kalau kurang.. So adjust lah.

Tapi kes dia ni dah OK sgt if kurang....2 minggu je gilir2 jaga pun.

Pastu... Reason tu mcm reason budak2 blm matang je. Ais krim lah... Apa lah.. Emphmm.
Quote matjerk 16-5-2023 10:12 PM
dudaberhias replied at 16-5-2023 07:57 PM
propa je ko cikpukki oiii...

hanat punya cikki... patutnyaaa sam tu kahwin dengan @Kurex @Themilo l ...

Dia ingat sam tu hartawan kot.... terpsksa kurang makanan utk anak sendiri..lantaran nafkah dikurangkan... inikah definasi seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja?

Lihat semua komen(208)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.050738 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top