CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Puas Sampai Beranikan Diri Sertai Big Stage, Waode Akui Perbezaan Bahasa Cabaran Utama

16-5-2023 06:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 387| Komen: 1

Pernah menjuarai beberapa pertandingan di Indonesia, Waode bagaimanapun belum puas sehingga mendorongnya mencabar diri menyertai pertandingan Big Stage 5 (BS5).

Pertama kali menyertai program televisyen di Malaysia, Waode atau Waode Heni Andraini, 26, berkata, perbezaan bahasa adalah salah satu cabaran yang perlu dilalui sepanjang menyertai rancangan nyanyian ini.



IG

"Saya suka dengan namanya cabaran, saya selalu tertanya macam mana rasanya kalau bertanding di luar negara.

"Kalau di Indonesia saya dah pernah serta sudah tahu bagaimana rasanya. Walaupun Malaysia dan Indonesia dekat tapi bagi saya ia satu cabaran baharu untuk saya belajar.

"Mungkin di Indonesia peminat faham apa yang ucapkan tapi di Malaysia berbeza saya perlu faham apa yang dikatakan. Sebabnya bahasa kita berbeza.

"Peserta pun bukan dari Malaysia sahaja, ada dari Korea Selatan dan Singapura. Jadi itu sesuatu yang baharu dan saya suka menerima cabaran baharu," katanya.


Waode berkongsi perkara itu selepas tamat BS5 minggu kedua yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Meskipun baru selesai konsert minggu kedua, namun Waode mengakui ada beberapa peserta yang menjadi persaing hebat buat dirinya.

Kata Waode lagi, setiap peserta ada bakat tersendiri yang membuatkan dia ingin memberikan yang terbaik setiap minggu.

"Semuanya ada bakat yang berbeza, boleh menari... Ada suara bernada tinggi, rock dan sedap didengar.

"Banyak karakter tapi saya tercabar dengan Oppa Hoondoo tapi kalau dari Malaysia ada beberapa macam Nadeera, Putera Muhammad dan kumpulan Coex. Tapi saya berkawan dengan mereka" jelasnya.

Menyedari namanya mula menjadi sebutan selepas membawakan lagu Sial yang dipopularkan Mahalini pada minggu pertama, Waode turut mengucapkan terima kasih kepada peminat baharu di Malaysia.


IG

"Alhamdulillah, sangat bersyukur dapat maklum balas yang baik dari peminat Malaysia. Saya diterima baik oleh peminat Malaysia sejak minggu pertama hari itu. Terima kasih sangat.

"Saya sebenarnya tak sangka, mereka sanggup datang ke dewan ini dan buat banner untuk saya, malah ada yang undi saya. Tapi ini jadi cabaran juga buat saya kerana perlu beri yang terbaik pada minggu seterusnya," ujarnya.

BS5 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) setiap Ahad, pukul 9 malam.


SUmber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_anisss84 31-5-2023 08:47 AM
first time tertengok perfomance dia...wow blh tahan....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.091058 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top