Mierul Aiman menjadi bualan hangat selepas memuat naik beberapa keping foto seksi di laman sosial miliknya. Difahamkan, foto tersebut dimuat naik Mierul kerana dia adalah antara artis yang ditawarkan untuk menghiasi muka depan majalah ‘Glam Lelaki’, baru-baru ini.
Fesyen yang diperagakan anak muda berusia 24 tahun ini juga antara yang menerima kecaman kerana dilihat terlalu seksi termasuklah menunjukkan bahagian ketiaknya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.
|
ADVERTISEMENT